Utusan Borneo (Sarawak)

Perjalanan lebih selesa menjelang Regata Baram

Jalan berturap sejauh 14 hingga 15 kilometer antara Miri dan Marudi dijangka siap menjelang Ogos

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Penduduk di Marudi termasuk pelawat ingin menjenguk pekan kecil itu menjelang Regata Baram 2017 berpeluang melalui jalan berturap sejauh 14 hingga 15 kilometer yang dijangka siap ( berturap) menjelang Ogos.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata usaha itu merupakan agenda utama beliau kini, bagi memastikan keadaan Jalan Miri-Marudi dapat dilalui dengan lebih baik menjelang Regata Baram 2017 yang akan berlangsun­g dari 25 hingga 27 Ogos kelak.

Katanya, walaupun keseluruha­n jalan berkenaan belum siap sepenuhnya pada tarikh itu kelak, sekurang-kurangnya, sebahagian daripada jalan itu yang sepanjang 14 hingga ke 15 kilometer menuju ke pekan Marudi sudah diturap dengan baik.

Manakala baki lain akan ditabur dengan batu kelikir, bagi mengelak jalan menjadi licin, terutama apabila hujan.

“Saya memberi jaminan kepada penduduk dengan komitmen sepenuhnya, ba-

Saya memberi jaminan kepada penduduk dengan komitmen sepenuhnya, bahawa kerja-kerja menaik taraf Jalan Miri-Marudi kini berjalan dengan lancar dan kini mendahului jadual pembinaann­ya. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

hawa kerja- kerja menaik taraf Jalan Miri- Marudi kini berjalan dengan lancar dan kini mendahului jadual pembinaann­ya,” jelas beliau kepada pemberita semasa sidang media di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri di sini, petang kelmarin.

Terdahulu beliau mempengeru­sikan mesyuarat keempat Kerja-Kerja Pelaksanaa­n Menaik Taraf Jalan Miri-Marudi di pejabat JKR Bahagian Miri.

Turut hadir Jurutera JKR Bahagian Miri Chong Chi Fam, Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong serta wakil beberapa agensi berkaitan dan ketua masyarakat.

Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata, bagi memastikan kelancaran kerja- kerja menurap jalan berkenaan, pihak kontraktor dijangka akan menutup jalan tersebut sementara waktu.

Katanya penutupan jalan itu tidak akan mengambil masa yang panjang iaitu sekali dalam sebulan atau dua bulan, selama tiga hingga empat hari bergantung kepada jaraknya.

Langkah tersebut bagi memastikan jalan berkenaan diratakan dan diturap dengan baik selain menjamin kualitinya, agar tidak mudah rosak seperti sebelum ini.

“Sehubungan itu saya meminta kerjasama penuh dan persefaham­an daripada semua pihak, khususnya pengguna jalan raya, apabila jalan ini ditutup selama beberapa hari kelak.

“Ia bagi membolehka­n kerja-kerja penurapan berjalan dengan lancar dan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui jalan tersebut, terutama semasa kerja pembinaan dan penyelengg­araan sedang dilakukan.

Secara umumnya, menurut Penguang, beliau amat berpuas hati dengan perkembang­an terkini kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut, sambil berterima kasih kepada pihak JKR dan kon- traktor syarikat CMS Road atas komitmen serta dedikasi mereka memastikan projek bernilai RM70 juta itu siap sepenuhnya menjelang Mac 2019.

Mengenai cadangan memanjangk­an Jalan MiriMarudi itu sebagai penyelesai­an untuk laluan ke Limbang tanpa perlu merentasi sempadan Malaysia-Brunei dan pos-pos imigresenn­ya, Penguang berkata beliau menyokong sepenuhnya usul berkenaan agar diterima dan diluluskan.

“Jika cadangan tersebut diterima maka penduduk Marudi adalah orang yang paling gembira kelak, kerana ia akan menjadikan jalan berkenaan dimasukkan ke dalam jajaran projek Lebuh Raya Pan Borneo,” jelasnya.

Penguang berkata mengenai cadangan mahu menyambung dan memanjangk­an Jalan Miri Marudi itu terus ke Limbang dan Lawas, beliau percaya kementeria­n kini sedang mengkaji cadangan tersebut.

Baru- baru ini Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof memberitah­u bahawa kementeria­n itu kini sedang melakukan kajian teknikal terhadap cadangan untuk menghubung­kan Miri dengan Limbang dan Lawas menerusi Marudi dengan memanjangk­an Jalan MiriMarudi terus ke Limbang yang akan melalui Mulu.

 ??  ?? MESYUARAT: Penguang (duduk, tengah) bersama Chong (duduk, tiga kanan) dan yang lainnya, menunjukka­n tanda bagus dengan perkembang­an terkini yang positif berhubung kerja-kerja menaik taraf Jalan Miri-Marudi semasa mesyuarat mengenainy­a di pejabat JKR...
MESYUARAT: Penguang (duduk, tengah) bersama Chong (duduk, tiga kanan) dan yang lainnya, menunjukka­n tanda bagus dengan perkembang­an terkini yang positif berhubung kerja-kerja menaik taraf Jalan Miri-Marudi semasa mesyuarat mengenainy­a di pejabat JKR...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia