Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong kerajaan BN demi pembanguna­n berterusan

-

LIMBANG: Rakyat negeri ini harus terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan pelbagai agenda pembanguna­n dirancang dapat dilaksana secara inklusif khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata sokongan padu terhadap kerajaan BN perlu bagi menjayakan segala program pembanguna­n dirancang untuk dilaksana di seluruh kawasan.

“Sokongan padu rakyat menjadi pemangkin kepada kejayaan kerajaan untuk menjadikan negeri dan negara ini terus maju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sembang Santai anjuran Unit Pembanguna­n Komuniti (Bina Insan) KEMAS, Limbang di Rumah Baba, Penganan baru-baru ini.

Seramai 125 peserta memeriahka­n program itu. Turut sama ialah Pegawai KEMAS Bahagian Khairul Amree Abdul Rahman, Pegawai KEMAS Daerah Limbang Nooreffari­za Awang Mus- liani, Tuai Rumah Baba Ajit, Tuai Rumah James Jimbau dan Tuai Rumah Sintau Empading.

Hasbi berkata kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk membangunk­an Limbang sebagai kawasan yang mampu memberi keselesaan kepada semua rakyatnya secara menyeluruh.

“Namun pada masa sama rakyat harus sedar bahawa kerajaan tidak mampu mengubah nasib selagi mereka tidak mahu berubah dan berusaha lebih gigih melalui pendidikan,” jelasnya.

 ??  ?? BERSAMA RAKYAT: Hasbi (duduk, tiga kiri) Khairul (empat kiri) memeriahka­n Program Sembang Santai di Rumah Baba baru-baru ini.
BERSAMA RAKYAT: Hasbi (duduk, tiga kiri) Khairul (empat kiri) memeriahka­n Program Sembang Santai di Rumah Baba baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia