Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan seludup pil Erimin 5 bernilai RM50 juta tumpas

Dadah disembunyi dalam kontena berisi perabot dari Taiwan

-

KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludup­an dadah yang membawa masuk 2.5 juta pil Erimin 5 bernilai kirakira RM50 juta yang ditumpaska­n polis Rabu lalu menyembuny­ikan bahan berkenaan di dalam kontena berisi perabot yang dibawa masuk dari Taiwan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ia rampasan terbesar Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini yang dibuat berdasarka­n maklumat risikan dijalankan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Mohd Mokhtar berkata hasil risikan membawa kepada serbuan di Pelabuhan Klang, Selangor di mana polis menemui pil-pil itu disembunyi­kan di dalam beberapa buah sofa dan meja kopi dalam kontena.

“Dadah berkenaan dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan selain dipasarkan ke Thailand, Singapura dan Indonesia,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Mohd Mokhtar berkata susulan penemuan itu, polis menahan 10 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 29 hingga 57 tahun dalam serbuan di beberapa lokasi di

Dadah berkenaan dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan selain dipasarkan ke Thailand, Singapura dan Indonesia. Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

ibu negara.

“Polis juga merampas wang tunai pelbagai mata wang asing dan tempatan berjumlah RM900,000, lima buah kenderaan mewah dan barang kemas.

“Kesemua yang ditahan dipercayai anggota sindiket berkenaan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata PDRM akan terus memperting­katkan kerjasama dengan agensiagen­si penguatkua­saan lain di negara ini bagi membantera­s penyeludup­an dan pengedaran dadah dengan berkesan.

Jelasnya, dadah pelbagai jenis bernilai RM28.1 juta berjaya dirampas untuk tempoh awal Januari tahun ini sehingga Khamis lepas.

Katanya dalam tempoh itu juga sebanyak 34,147 orang termasuk 1,377 warga asing ditahan berkaitan kes dadah dalam tempoh yang sama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Mohd Mokhtar (tengah) menunjukka­n 2.5 juta biji pil Erimin 5 dianggar bernilai RM50 juta, yang diseludup dalam perabot dari Taiwan melalui Pelabuhan Klang pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Mohd Mokhtar (tengah) menunjukka­n 2.5 juta biji pil Erimin 5 dianggar bernilai RM50 juta, yang diseludup dalam perabot dari Taiwan melalui Pelabuhan Klang pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia