Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat kembung terapung, belum ada kepastian ekoran ahli keluarga ragu

-

SIBU: Mayat seorang lelaki kembung dijumpai terapung di perairan Tanjung Penasu, Batang Rajang lewat petang kelmarin menimbulka­n keraguan ahli-ahli keluarga mangsa mengenal pasti mangsa di Bilik Mayat di sini semalam.

Susulan penemuan mayat itu, polis memanggil ahli keluarga seorang remaja lelaki dikenali Panaus Udin, 16, dan berbangsa Kenyah dikhuatiri terjatuh dari kapal di Waf Tua Pek Kong lewat petang Isnin lalu (6 Mac).

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi berkata satu laporan berhubung mayat seorang lelaki dijumpai di perairan Tanjung Penasu lewat petang kelmarin.

“Keluarga yang hadir masih berasa ragu. Oleh itu, belum ada kenalpasti­an,” ujarnya.

Ketika proses pengecaman, ahli-ahli keluarga tidak dapat memastikan sama ada mayat itu adalah Penaus atau bukan meskipun memakai antinganti­ng menyerupai antinganti­ng yang dijumpai pada mayat tersebut.

Difahamkan, ahli-ahli keluarga menyatakan bahawa Panaus berbadan kurus walaupun ketinggian hampir sama tetapi badan mayat itu kembung menyebabka­n mereka tidak dapat mengenal pasti ia adalah Panaus atau tidak.

Pada 6 Mac lalu, dua kes mangsa dikhuatiri terjatuh dari kapal termasuk orang lagi anak kapal warga India dikenali Umar Maheswara Rao @ Singuru dilaporkan terjatuh ke perairan Batang Rajang antara Tanjung Ensurai dan Tanjung Lebaan jam 3.27 petang manakala Panaus dikhuatiri terjatuh dari kapal di jeti Tua Pek Kong di sini sebelah lewat petang.

Bomba dimaklumka­n mengenai orang awam ternampak mayat terapung di Batang Rajang oleh IPD Sibu jam 7.08 malam Khamis lalu mengerahka­n pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggunaka­n bot penyelamat dengan kekuatan tiga anggota diketuai PBK II Donny Sumping.

Pasukan SAR kemudian menjumpai mayat seorang lelaki terbabit di perairan Tanjung Penasu jarak lebih kurang 10 kilometer dari tempat kejadian jam 6.26 petang kelmarin.

Bomba menyerahka­n mayat terbabit kepada polis untuk tindakan lanjut.

Agensi- agensi lain turut terlibat dalam operasi SAR itu termasuk Polis Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM Sibu).

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak melaporkan operasi SAR terhadap Maheswara masih dijalankan dan memasuki hari kelima semalam.

 ??  ?? JUMPA MAYAT: Pasukan SAR mengangkat mayat dijumpai di Tanjong Penasu Batang Rajang di Sibu lewat petang kelmarin.
JUMPA MAYAT: Pasukan SAR mengangkat mayat dijumpai di Tanjong Penasu Batang Rajang di Sibu lewat petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia