Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar cabar keputusan penjara

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan bekas Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluargany­a untuk mencabar keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh yang tidak membenarka­n sentuhan fizikal antara mereka ketika lawatan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan seorang banduan tertakluk kepada arahan dan peraturan oleh ketua pengarah penjara dan mahkamah tidak boleh campur tangan dalam proses membuat keputusan yang dijalankan oleh pihak penjara.

Nik Hasmat dalam penghakima­n ringkasnya berkata keputusan pihak penjara tidak membenarka­n sentuhan fizikal ketika lawatan bukan sesuatu yang tidak rasional, tidak sah dan tidak mematuhi prosedur.

Hakim itu berkata tiada keperluan untuk pihak penjara menyatakan alasan mengapa mereka menolak per- mohonan yang dikemukaka­n oleh pemohon (Anwar).

“Hakikatnya pemohon (Anwar) kini ialah seorang banduan dan beliau tertakluk kepada segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Penjara,” katanya yang turut memerintah­kan kesemua pemohon membayar kos sebanyak RM1,000 kepada responden iaitu Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri.

Selain Anwar, 69, pemohon dalam kes itu ialah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 64, dan empat anak perempuan mereka Nurul Izzah, 36, Nurul Nuha, 33, Nurul Ilham, 29, dan Nurul Iman, 26.

Turut memfailkan permohonan itu ialah anak Nurul Izzah, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Raja Ahmad Harith, masingmasi­ng berumur 10 dan lapan tahun, serta anak Nurul Nuha iaitu Sulaimaan Mohamad Khairul dan Yahya, masing- masing berumur lima dan empat tahun.

Mereka memohon perintah bahawa keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac 2016 yang tidak membenarka­n sentuhan fizikal antara Anwar dan kesemua anggota keluarga dibatalkan.

Mereka mendakwa semasa lawatan ke penjara yang dibenarkan setiap tiga minggu sekali, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati ber- salah meliwat bekas pembantuny­a Mohd Saiful Bukhari Azlan, dipisahkan daripada mereka melalui dinding kaca dan percakapan hanya dibuat melalui telefon.

Anwar, melalui surat peguam caranya bertarikh 2 Mac 2016, telah memohon kepada ketiga-tiga responden supaya membenarka­n sentuhan fizikal semasa lawatan keluarga ke penjara tetapi mendakwa pengarah Penjara Sungai Buloh menolak permohonan berkenaan melalui surat bertarikh 14 Mac 2016.

Pada3Nov20­16,mahkamah memberi kebenaran kepada Anwar dan keluargany­a untuk memulakan prosiding semakan kehakiman selepas mendapati terdapat isu yang perlu dibicaraka­n.

Peguam N. Surendran yang mewakili kesemua pemohon ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan semalam secepat mungkin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia