Utusan Borneo (Sarawak)

Kes Bill Kayong, bicara ditangguh ke Isnin depan

-

MIRI: Perbicaraa­n kes empat lelaki termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dituduh membunuh dan bersubahat melakukan pembunuhan ke atas pemimpin PKR Miri, Bill Kayong yang masuk hari ke empat semalam terpaksa ditangguhk­an ke Isnin depan.

Manakala, keempat-empat tertuduh diperintah­kan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu perbicaraa­n kes disambung semula.

Keputusan itu dibuat Hakim Ravinthran N.Paramaguru setelah mendapati peguam bela David Kuok yang mewakili tertuduh ketiga iaitu Chin Wui Chung dalam kes ini tidak hadir kerana urusan penting di Sibu.

Katanya, dalam perbicaraa­n satu kes jenayah serius terutama yang hanya memperuntu­kkan satu bentuk hukuman iaitu mati, seseorang tertuduh harus dibicaraka­n dengan adil serta diwakili oleh peguam belanya sendiri dan bukan oleh peguam bela yang diwakilkan.

Tambahan, katanya, tiada sebarang peruntukan dalam Kanun Prosedur Jenayah yang membolehka­n situasi ini berlaku di dalam sesuatu perbicaraa­n membabitka­n kes jenayah serius.

“Dalam perbicaraa­n kes jenayah yang membabitka­n tertuduh lebih daripada seorang, setiap tertuduh harus diwakili oleh seorang peguam bela.

“Tertuduh juga mesti diwakili setiap kali barang kes dikemukaka­n untuk diterima pakai sebagai bahan bukti di mahkamah,” tegasnya sambil menambah perbicaraa­n yang adil penting kerana ia mempertaru­hkan nyawa tertuduh.

Terdahulu sebelum prosiding bermula, peg- uam bela Arthur Lee yang mewakili tertuduh kedua, Lie Chang Loon memberitah­u mahkamah bahawa dia akan mewakili Chin dalam perbicaraa­n itu memandangk­an David tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan penting di Sibu.

Manakala pihak pendakwaan yang dibarisi Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Fuad Abdul Aziz, Hayda Farizal dan Wan Mohamad I’zzat Wan Ibrahim telah bersedia memanggil dua orang saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.

Dalam kes itu, Mohamad Fitri Pauzi, 30, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian Bill Kayong.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Manakala Lie Chang Loon, 38, dari Taman Pin Fook, Chin Wui Chung, 51, dari Lorong 5 Krokop dan Lee Chee Kiang (Datuk Stephen Lee), 45, dari Jalan Woodhouse, Tanjong Lobang di sini masing-masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang turut memperuntu­kkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, ketiga- tiga tertuduh telah bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas mengupah Mohamad Fitri Pauzi untuk membunuh Bill Kayong.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

Perbicaraa­n akan bersambung Isnin depan dengan empat orang saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia