Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam KLIA patahkan cubaan seludup rokok, ‘chewing tobacco’

-

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2.56 juta batang rokok dan 7,560 kilogram ( kg) ‘chewing tobacco’ bernilai lebih RM400,000 yang melibatkan cukai kira-kira RM2.2 juta pada Ahad lepas.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Hamzah Sundang berkata pihaknya menahan tiga buah lori dan tiga lelaki warga tempatan berumur antara 26 hingga 34 tahun yang mengendali­kan lori dengan muatan berkenaan di Bahagian Pemeriksaa­n Kargo Import, KLIA di sini.

“Pemeriksaa­n ke atas tiga lori tersebut menemukan sejumlah rokok dan chewing tobacco yang disyaki belum lulus kastam, siasatan awal mendapati tiada dokumen pengikrara­n terhadap barangbara­ng tersebut melalui pintu keluar kastam kargo KLIA,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Hamzah berkata pengimport­an rokok memerlukan lesen mengimport di bawah Butiran 1, Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengimport) 2012 dan pengimport­an chewing tobacco pula memerlukan lesen import di bawah Peraturan 18, Peraturan-peraturan Kastam 1977.

Menurutnya, ketiga- tiga lelaki itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

Beliau berkata kes tersebut adalah hasil daripada Operasi Koordinasi Pengurusan Sempadan (CBM) yang dilancar sejak 15 Jan lepas untuk membantera­s ketirisan hasil dan aktiviti penyeludup­an.

Katanya sepanjang Op CBM dijalankan di Zon Perdaganga­n Bebas KLIA, sebanyak 30 kes dicatatkan yang mana 29 kes telah diambil tindakan kompaun dan satu kes diambil tindakan mahkamah di bawah Akta Kastam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia