Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta diparkir depan kedai nyaris musnah terbakar

-

SRI AMAN: Sebuah kereta diparkirka­n di hadapan sebuah kedai di Jalan Astana di sini hampir musnah dalam kebakaran berlaku sekitar jam 8.25 pagi semalam.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sri Aman memberitah­u, semasa kejadian pemilik kereta itu baharu sahaja meletakkan keretanya dan keluar untuk membeli barang di sebuah kedai berhampira­n.

“Ketika keluar dari keretanya, beliau menyedari bahawa berlaku satu letupan kecil dari bahagian enjin di hadapan kereta terbabit.

“Susulan letupan yang dipercayai berpunca daripada bateri dan fius kereta, turut berlaku kebakaran kecil di bahagian enjin,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, menyedari kejadian itu pemiliknya bertindak mendapatka­n bekalan air dari paip milik kedai berdekaan untuk memadam kebakaran kecil itu.

“Mangsa turut dibantu orang awam yang berada di situ,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman yang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.34 pagi bergegas ke tempat kejadian.

Bomba menggunaka­n sebuah jentera dan kenderaan pacuan empat roda dianggotai seramai 10 anggota diketuai Pegawai Kanan Bomba I, Bangga Baie dan Pegawai Kanan Bomba II, Jilin Itar.

Sebaik tiba, bomba mendapati kebakaran kecil itu berjaya dipadamkan oleh pemilik kereta itu dan orang awam.

Bomba turut melakukan penyiasata­n bagi memastikan kebakaran itu benar-benar padam sepenuhnya, jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia