Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 200 pelajar di Ipoh dijangkiti ILI

-

IPOH: Seramai 216 pelajar di tiga sekolah di sini dikesan menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI), kata Exco Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 129 pelajar adalah dari Sekolah Raja Perempuan Taayah; 84 Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) dan selebihnya murid dari Sekolah Kebangsaan Klebang.

Katanya, seramai 127 pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah dari tingkatan satu hingga lima telah diisolasi, sementara dua lagi kini mendapatka­n rawatan lanjut di Hospital Columbia, Taiping.

“Lapan sampel telah diambil dari Sekolah Raja Perempuan Taayah dan satu daripadany­a disahkan positif Influenza A (H3) atau selesema bermusim sementara satu lagi disahkan Influenza B,” katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar yang dijangkiti ILI di Sekolah Raja Perempuan Taayah dan STAR di sini semalam.

Dr Mah berkata semua pelajar di STAR dan Sekolah Kebangsaan Klebang juga telah diisolasi dan setakat ini tiada pelajar yang dimasukkan ke hospital.

Beliau berkata pelajar di Sekolah Raja Perempuan Taayah dikesan dijangkiti virus itu pada 4 Mac, STAR pada 6 Mac lepas manakala pelajar di Sekolah Kebang- saan Klebang baru- baru ini, namun keadaan adalah terkawal.

Dr Mah turut menyaranka­n orang ramai supaya mengamalka­n langkah pencegahan antaranya mendapatka­n rawatan segera di klinik atau hospital sekiranya terdapat gejala ILI seperti demam, batuk dan sakit tekak.

ILI merupakan penyakit dengan gejala utama adalah seperti demam, sakit tekak dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, kelesuan dan selesema.

Seorang pelajar STAR, Muhammad Najmi Haikal Mustapha Kamil, 13, berkata dia hanya mengalami batuk sejak minggu lepas dan keadaannya kini bertambah baik.

“Saya kena kuarantin dari semalam (kelmarin) dan saya dah maklumkan pada ibu bapa saya. Saya terkejut sebab bukan saya sorang dikuaranti­n tetapi ramai,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Mohd Arfan Haziq Ramdzan, 14, juga pelajar STAR berkata dia mengalami demam sejak kelmarin manakala tiga lagi rakan sebiliknya juga dikuaranti­nkan kerana demam, batuk dan selesema.

Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan berharap penyakitny­a dan rakan-rakan dapat sembuh dengan segera bagi membolehka­n mereka terus mengikuti sesi pembelajar­an seperti biasa.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak panik dengan situasi tersebut.

Beliau berkata ini kerana jangkitan yang dialami lebih 200 pelajar berkenaan hanya selesema bermusim dan bukannya selesema babi atau H1N1.

“Saya menasihati orang ramai bertenang dan tidak panik dengan laporan yang tersebar di media sosial kononnya berlaku penularan jangkitan H1N1 di negeri ini.

“Ia hanya ‘seasonal flu’... tiada apa yang dirisaukan, hanya kebetulan ramai pelajar sakit dan keadaan adalah terkawal kerana Jabatan Kesihatan telah mengambil langkah- langkah yang sewajarnya dalam menangani penyakit ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mahabbah Institusi Agama sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di Masjid Al-Ansar Felcra Seberang Perak di Parit, kira-kira 40 kilometer dari sini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MOHON HAJAT: Ustaz Muhd Redza Ahmad memimpin bacaan doa selepas menunaikan solat hajat bersama jemaah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, semalam bagi memohon keselamata­n dan kesejahter­aan seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada sembilan...
— Gambar Bernama MOHON HAJAT: Ustaz Muhd Redza Ahmad memimpin bacaan doa selepas menunaikan solat hajat bersama jemaah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, semalam bagi memohon keselamata­n dan kesejahter­aan seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada sembilan...
 ?? — Gambar Brnama ?? LAWAT: Dr Mah melawat para pelajar yang menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI) di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah dekat Ipoh, semalam.
— Gambar Brnama LAWAT: Dr Mah melawat para pelajar yang menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI) di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah dekat Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia