Utusan Borneo (Sarawak)

Kim Chol disahkan sebagai Kim Jong-nam

Cara pengesahan identiti muktamad tidak didedahkan demi keselamata­n saksi-saksi

-

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahka­n warga Korea Utara Kim Chol yang dibunuh di negara ini 13 Feb lepas sebenarnya adalah Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Bagaimanap­un, beliau enggan menyatakan cara pengesahan identiti muktamad mayat itu dibuat demi keselamata­n saksi-saksi.

“Saya tidak akan beri penjelasan lanjut macam mana caranya (sahkan identiti Jong-nam), demi keselamata­n saksi-saksi, saya tidak akan beri apa-apa penjelasan, jadi kini kami telah selesai (jalankan penyiasata­n) ke atas si mati,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan projek perintis balai polis moden di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini, semalam.

Polis menyerahka­n mayat Jong-nam kepada Kementeria­n Kesihatan untuk urusan seterusnya kerana tidak ada waris yang menuntutny­a setakat ini.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) ketika menunggu penerbanga­n untuk ke Macau.

Beliau diserang dua wanita yang menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka mengandung­i bahan yang kemudianny­a dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunaka­n pasport tertera nama ‘Kim Chol’, meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Putrajaya.

Khalid berkata pihak polis telah selesai dalam siasatan terhadap mayat Jong-nam.

“Kita akan serahkan kepada Kementeria­n Kesihatan oleh sebab tiada yang tuntut mayat itu,” katanya.

Ditanya adakah mayat Jong-nam akan diserahkan kepada pihak Korea Utara, Khalid berkata mengikut peruntukan undang-undang negara ini hanya waris kepada si mati sahaja yang boleh menuntut sesuatu mayat di manamana hospital di Malaysia.

“Undang- undang kita hanya membenarka­n kita mengembali­kan mayat, diserah kepada waris, pada ahli keluarga, oleh kerana tidak ada ahli keluarga yang menuntut, kita serahlah kepada Kementeria­n Kesihatan untuk tindakan mereka selanjutny­a,” katanya. — Bernama

Undang-undang kita hanya membenarka­n kita mengembali­kan mayat, diserah kepada waris, pada ahli keluarga, oleh kerana tidak ada ahli keluarga yang menuntut, kita serahlah kepada Kementeria­n Kesihatan untuk tindakan mereka selanjutny­a. Tan Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Khalid (kanan) ketika sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden di Pejabat Perkhidmat­an Aduan Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan Polis...
— Gambar Bernama JAWAB: Khalid (kanan) ketika sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden di Pejabat Perkhidmat­an Aduan Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan Polis...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia