Utusan Borneo (Sarawak)

Dua petugas PBB warga M’sia akan tinggal di Beijing

-

KEPALA BATAS: Dua petugas Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) yang merupakan antara 11 orang warga Malaysia yang dilarang meninggalk­an Korea Utara awal minggu ini, selamat tiba di Beijing, China kelmarin dan akan tinggal di sana buat sementara.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican berkata kedua-dua mereka yang bertugas di bawah Program Makanan Sedunia PBB, Stella Lim dan Nyanapraka­sh Muniandy telah sampai di Beijing dan akan meneruskan program di sana.

“Saya telah bercakap dengan Stella menerusi telefon dan saya diberitahu mereka akan tinggal di Beijing untuk program PBB di sana,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, kedua-dua mereka adalah pemegang pasport PBB dan mereka dibenarkan meninggalk­an Pyongyang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweet terbaharun­ya pada Khamis, menyatakan keduadua rakyat Malaysia itu, yang merupakan sebahagian daripada petugas PBB, telah tiba di Beijing.

Bagaimanap­un Reezal berkata beliau masih berhubunga­n dengan sembilan lagi rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dan semuanya dilaporkan dalam keadaan selamat.

Katanya mereka masih boleh dihubungi dan bebas bergerak.

“Saya akan sentiasa menghubung­i mereka di Korea Utara dan (ketika ini) tiada sebarang bentuk ancaman berlaku terhadap mereka, dan mereka bebas bergerak seperti biasa. Bila saya bercakap dengan Stella, beliau juga melaporkan perkara yang sama,” katanya.

Reezal berkata waris mereka di Malaysia telah dimaklumka­n mengenai keadaan mereka di sana.

Kerajaan akan terus berusaha untuk membebaska­n mereka yang masih berada di Pyongyang, katanya.

“Keutamaan kita ialah membawa mereka pulang segera dan dalam keadaan selamat,” katanya.

Reezal turut menggesa media supaya tidak mensensasi­kan isu itu kerana kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesai­kannya antara dua negara.

Dilaporkan bahawa Korea Utara pada Selasa, melarang kesemua rakyat Malaysia itu daripada meninggalk­an negara berkenaan, yang menyebabka­n Malaysia mengambil tindakan serupa, dan keadaan menjadi tegang ketika polis masih lagi menyiasat pembunuhan Kim Chol atau yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia