Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan SPM keluar Khamis ini

-

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan dikeluarka­n Khamis minggu ini, kata Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon boleh mendapatka­n keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Kementeria­n berkata calon persendiri­an akan dimaklumka­n keputusan mereka melalui pos atau mereka boleh menghubung­i Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar menduduki peperiksaa­n dahulu.

Calon juga boleh menggunaka­n perkhidmat­an semakan keputusan SPM 2016 melalui mySMS 15888 yang perkhidmat­annya akan diaktifkan bermula jam10 pagi pada 16 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 22 Mac.

Seramai 434,535 calon mendaftar menduduki SPM 2016 di 3,732 pusat peperiksaa­n di seluruh negara yang daripada jumlah itu, 377,194 calon adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala 9,094 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contohnya Maktab Rendah Sains MARA).

Seramai 7,931 calon pula adalah calon sekolah agama negeri, 12,847 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 25,713 adalah calon persendiri­an manakala baki 1,756 orang merupakan calon dari Sekolah Menengah Agama Rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia