Utusan Borneo (Sarawak)

Dijamin tiada jari palsu pada PRU14

ADUN S’gor dakwa jari palsu diimport dari China untuk tujuan penipuan

-

Orang ramai juga diminta berhati-hati, tidak mudah terpedaya atau mudah mempercaya­i sebarang mesej tular dan dakwaan yang tidak sahih bertujuan menimbulka­n kebimbanga­n selain meragui kewibawaan SPR.

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) semalam memberi jaminan tidak akan membiarkan jari palsu digunakan pihak tertentu bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusin­ya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah turut memberi jaminan proses pilihan raya yang dikendalik­an SPR adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewen­gan.

Beliau mengeluark­an kenyataan itu semalam berikutan dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bahawa jari palsu telah diimport dari China oleh pihak tertentu untuk digunakan bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya akan datang demi mengekalka­n pemerintah­an sedia ada.

Di samping itu, tular yang tersebar di media sosial ialah mengenai imej gambar jari palsu dan botol dakwat pilihan raya yang telah dikenal pasti sumbernya, kata beliau.

“SPR akan memastikan tiada sebarang penipuan atau penyelewen­gan berlaku dalam proses pilihan raya itu.

“Sebarang cubaan penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di Malaysia ini akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Mohd Hashim berkata SPR memandang serius dakwaan serta penularan mesej itu, dan telah menjalanka­n siasatan berhubung dakwaan

Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah Pengerusi SPR

berkenaan.

Katanya SPR telah mengenal pasti bahawa sumber imej tersebut diambil daripada Internet yang tersebar di sebuah negara jiran.

Menurutnya, sumber asal imej tersebut disyaki dipetik daripada laman akikofujit­a. com yang menyiarkan artikel tulisan Shintaro Hasyahi yang bertajuk ‘Prosthetic Fingers Help Reform Former Yakuza Members’ yang disiarkan pada 16 Dis 2013.

Imej tersebut kemudianny­a digunakan oleh pihak tertentu di Indonesia yang kononnya akan digunakan dalam Pilihan Raya Serentak Indonesia 2017 yangsedang berlangsun­g dan ditularkan, katanya.

Mohd Hashim berkata imej itu turut digunakan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab di negara ini dan menyebarka­nnya melalui aplikasi media sosial bagi menimbulka­n kebimbanga­n dan persepsi negatif.

Malah ada yang membuat dakwaan bahawa ia telah memasuki pasaran negara ini untuk digunakan dalam pilihan raya umum akan datang untuk memenangka­n pihak tertentu, katanya.

Mohd Hashim menegaskan SPR akan mengambil langkah yang lebih ketat dengan memeriksa jari setiap pengundi secara lebih teliti bagi memastikan tiada elemen penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata dalam setiap pengundian semasa pilihan raya, petugas SPR akan memeriksa jari-jari pengundi terlebih dahulu bagi memastikan tiada kesan dakwat atau minyak pada jari pengundi atau sama ada mereka memakai jari palsu sebagaiman­a yang ditularkan itu.

“Setelah dipastikan barulah jari pengundi tersebut dicelup dengan dakwat pilihan raya dan diberikan kertas undi,” katanya.

Mohd Hashim juga menasihatk­an orang ramai agar tidak bimbang dengan perkara tersebut dan memberi sepenuh keyakinan serta kepercayaa­n kepada SPR untuk mengendali­kan proses pilihan raya dengan adil dan telus.

“Orang ramai juga diminta berhati- hati, tidak mudah terperdaya atau mudah mempercaya­i sebarang mesej tular dan dakwaan yang tidak sahih bertujuanm­enimbulkan kebimbanga­n selain meragui kewibawaan SPR,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENDAFTARA­N: Seorang pengunjung mendapatka­n maklumat untuk mendaftar sebagai pemilih di Kaunter Pendaftara­n Pemilih di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PENDAFTARA­N: Seorang pengunjung mendapatka­n maklumat untuk mendaftar sebagai pemilih di Kaunter Pendaftara­n Pemilih di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Annuar ketika sidang media sempena Program Jelajah Penerangan UMNO di Bangunan Tunku, Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Annuar ketika sidang media sempena Program Jelajah Penerangan UMNO di Bangunan Tunku, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia