Utusan Borneo (Sarawak)

Lihat semula perlembaga­an universiti untuk tingkat keupayaan jana pendapatan

-

PUTRAJAYA: Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangk­an perlembaga­an universiti dilihat semula atau dipinda untuk meningkatk­an keupayaan universiti menjana pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata terdapat beberapa klausa dalam perlembaga­an tersebut yang menghalang universiti untuk menjalanka­n projek pembanguna­n sekaligus menyukarka­n usaha menambah pendapatan.

“Kalau mahu universiti mencari dana sendiri, kita perlu buka platform untuk pengurusan universiti menjana pendapatan menerusi ruang perniagaan, pembanguna­n hartanah dan instrumen wakaf,” katanya pada sidang media di sini semalam bagi mengumumka­n program MPN Bersama Masyarakat Sabah.

Raduan berkata MPN akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membangunk­an model baharu ke arah meningkatk­an kapasiti universiti menjana pendapatan.

Katanya beliau akan mengadakan pertemuan bersama penasihat undang- undang universiti bagi mengenal pasti dan memperhalu­si seksyen atau klausa yang berkenaan agar langkah dapat diambil bagi mengatasi sebarang kekangan.

MPN juga mencadangk­an semua universiti mewujudkan struktur atau unit penjana pendapatan dan bekerjasam­a dengan pihak industri serta alumni, katanya.

Mengenai program MPN Bersama Masyarakat Sabah pada 23 Mac hingga 2 April ini, Raduan berkata program itu bertujuan mendekati, memahami seterusnya­menganalis­a permasalah­an rakyat di lapan daerah sebelum dipanjangk­an kepada tindakan kerajaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Johor yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama DIREMAN: Seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Johor yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia