Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n peruntuk RM4.5 juta bina rumah pam di Kampung Permatang Saga

-

KEPALA BATAS: Sejumlah RM4.5 juta diperuntuk­kan oleh kerajaan persekutua­n untuk pembinaan rumah pam baharu di Kampung Permatang Saga, Pinang Tunggal, di sini, kata Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata peruntukan itu adalah bagi membantu petani dan pesawah di kawasan itu menangani masalah kekurangan bekalan air teru- tama pada musim kemarau.

“Sebelum ini, pam lama hanya dapat pam air dari sungai berhampira­n yang mencecah 1.9 meter ketinggian tetapi pam baharu ini nanti mampu mengepam air sungai dengan ketinggian 1.5 meter untuk disalur ke kawasan (pertanian) seluas 1,200 hektar,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek rumah pam itu di sini, semalam.

Reezal Merican yang juga timbalan menteri luar berkata kerja pembinaan rumah pam itu yang kini giat dijalankan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) dan Jabatan Pertanian telah memberi jaminan bahawa saluran air tidak akan terjejas sepanjang tempoh kerja-kerja pembinaan berjalan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia