Utusan Borneo (Sarawak)

Tiba masa untuk Wenger keluar dari Emirates?

Tekanan yang dialami sampai tahap kemuncak dengan penyokong Arsenal tuntut peletakan jawatan

-

LONDON: Pada waktu Arsene Wenger menyangka kehidupan tidak mungkin lebih tertekan lagi, pengurus Arsenal itu mendapati diri dalam keadaan tidak menentu manakala kelab kecil Lincoln mahu mencipta sejarah lagi dalam Piala FA pada peringkat suku akhir malam ini (Sabtu).

Wenger hidup dalam neraka sejak seminggu lalu yang bermula apabila Arsenal dikalahkan 3-1 di Liverpool ekoran keputusann­ya untuk menggugurk­an penyerang bintang, Alexis Sanchez, yang dilaporkan menuntut perpindaha­n dalam perbalahan yang meletus selepas kekalahan tersebut.

Keadaan bertambah buruk Selasa lepas apabila Arsenal tersingkir dari Liga JuaraJuara dengan cara yang memalukan apabila kemenangan 5-1 Bayern Munich memberikan kekalahan terbesar sejak 1998 kepada Wenger di stadium sendiri.

Wenger, yang belum lagi memberitah­u sama ada dia akan kekal atau tidak sebagai pengurus pada musim akan datang, telah menerima kecaman dari penyokong Arsenal yang mahu dia meletak jawatan dan lawatan ke kelab bukan liga Lincoln sama sekali tidak berjanji untuk menjadi pelabuhan dalam taufan bagi warga Perancis yang tertekan itu.

Dengan satu lagi protes penyokong dirancang bagi perlawanan di Stadium Emirates, mengalami satu lagi kejutan terbesar sepanjang zaman dalam Piala FA pasti tidak dapat diterima lagi bagi Wenger.

“Saya sudah berusaha dengan gigih sekali selama 20 tahun untuk menggembir­akan penyokong dan apabila kita tewas dalam perlawanan, saya faham mereka tidak gembira,” kata Wenger.

“Saya tidak mahu mengadili protes itu, saya tidak dapat berbuat demikian. Saya tidak bekerja untuk imej saya, saya bekerja untuk kelab ini dengan komitmen sepenuhnya.”

Perbanding­an di antara jangkauan global Arsenal dengan cita-cita kelab kerdil Lincoln yang jauh lebih sederhana menjadikan ini ‘kulit pisang’ mutlak bagi Wenger, yang sudah memenangi Piala FA sebanyak enam kali selama 21 tahun dia menjadi pengurus kelab.

Kelab bimbingan Danny Cowley yang mendahului liga aras kelima merupakan kelab bukan liga pertama untuk sampai ke peringkat suku akhir dalam tempoh 103 tahun ekoran kemenangan 1-0 yang mengejutka­n di kelab Liga Perdana Inggeris ( EPL), Burnley, pada pusingan kelima. Ditanya sama ada Lincoln dapat atau tidak menyertai Sutton, Hereford dan Wrexham sebagai pembunuh gergasi paling terkenal dalam Piala FA, Cowley, seorang bekas guru s e k o l a h d e n g a n a d i k n y a N i c k y s e b a g a i penolong p e n g u - rus, berkata: “Ya, kami boleh. Ia mungkin satu- dalam- 1000 di Emirates tetapi kami boleh. “Kami faham ba- hawa Arsenal dapat membelasah kami. Kami dapat bermain pada tahap terbaik dan masih ditewaskan 5-0.

“Kami bersikap profesiona­l dan sudah bersedia. Kami mungkin akan mengejutka­n segelintir orang.”

Pada Isnin ini, pengurus Manchester United Jose Mourinho mahu melupakan salah satu kekalahann­ya yang paling menyakitka­n hati dengan menamatkan cabaran berganda Chelsea.

United dibelasah 4- 0 di Chelsea pada Oktober lalu dan Mourinho dicemuh oleh penyokong lamanya ketika dia kembali buat pertama kali sejak dia dipecat sebagai pengurus pasukan The Blues pada musim lepas.

Ditanya sama ada pemenang Piala Liga bimbingan Mourinho mahu membalas dendam, penyerang United Marcus Rashford berkata: “Ya, sudah tentu. Mereka mencatatka­n satu kemenangan ke atas kami.

“Kami mempamerka­n prestasi yang baik dan begitu juga mereka, jadi ia pasti perlawanan yang bagus.”

Namun Chelsea, 10 mata di hadapan di tempat teratas EPL, semakin menghampir­i kejuaraan dan menambah Piala FA akan melengkapk­an musim pertama yang menakjubka­n bagi pengurus Antonio Conte.

Pep Guardiola berdepan dengan masalah pemilihan di Middlesbro­ugh kerana pengurus Manchester City itu terpaksa menimbang cabaran merebut piala dalam dua pertanding­an.

Guardiola mesti memutuskan sama ada untuk merehatkan bintang-bintang City atau tidak kerana mereka ada kelebihan 5- 3 untuk dipertahan­kan dalam perlawanan pusingan kedua peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di Monaco pada minggu depan.

Penggilira­n skuad Guardiola yang terakhir memakan diri apabila dia memulakan perlawanan EPL menentang Stoke pada Rabu lepas tanpa David Silva dan Raheem Sterling yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Namun pemain tengah City Yaya Toure membayangk­an perubahan lagi, dan berkata: “Kami sekarang ada dua perlawanan di mana kami memerlukan kesemua pemain.”

Pengurus Millwall, Neil Harris, telah menyeru kepada penyokong untuk menjaga ketenteram­an apabila pembunuh gergasi dari divisyen ketiga itu bertandang ke kelab tetangga London, Tottenham.

Dengan sejarah rusuhan di antara geng- geng samseng dari Tottenham dan Millwall, polis telah mengklasif­ikasikan perlawanan itu sebagai ‘berisiko tinggi’.

Harris, yang menyaksika­n pasukannya mengejutka­n Bournemout­h, Watford dan Leicester untuk mara ke peringkat suku akhir, ingin sekali mengelak insiden tidak diingini dalam perlawanan Piala FA terakhir di White Hart Lane sebelum stadium tersebut dimusnahka­n.

“Kita mahu melukis diri dengan cahaya yang betul sebagai sebuah kelab,” katanya.

“White Hart Lane merupakan sebuah katedral bola sepak. Ia pasti suasana yang sangat mengujakan, suasana yang semua kita harus nikmati.” — AFP

Saya sudah berusaha dengan gigih sekali selama 20 tahun untuk menggembir­akan penyokong dan apabila kita tewas dalam perlawanan, saya faham mereka tidak gembira. Arsene Wenger Pengurus Arsenal

 ??  ?? WENGER
WENGER
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia