Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Europa: Man United ikat Rostov 1-1

-

ROSTOV-ON-DON: Henrikh Mkhitaryan menjaringk­an gol di tempat lawan yang berharga apabila Manchester United pulang dari lawatan mereka ke Rusia dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga Europa menentang Rostov kelmarin.

Di atas padang yang teruk, dengan keadaan yang kemarahan pengurus United, Jose Mourinho sehari sebelum perlawanan, Mkhitaryan menyumbat gol pembukaan 10 minit sebelum waktu rehat.

Namun Aleksandr Bukharov menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-53 di stadium Olimp 2, untuk menghidupk­an harapan Rostov bagi perlawanan timbal balik pada minggu depan di Old Trafford.

Persiapan untuk perlawanan itu dibayangi aduan United tentang permukaan padang selain kebimbanga­n bahawa penyokong pasukan pelawat mungkin akan disasari samseng Rusia.

Bagaimanap­un, malam itu berlalu tanpa insiden tidak diingini dalam stadium, di mana lebih 200 penyokong United menonton perlawanan bersama bekas penolong pengurus United, Carlos Queiroz.

“Ia adalah permainan yang sangat baik jika mengambil kira keadaan padang. Ia adalah mustahil untuk bermain dengan lebih baik, mustahil untuk menghantar bola,” kata Mourinho kepada BT Sport.

“Kami bermain menurut tuntutan perlawanan dan kami bermain dengan baik. Kami melakukan satu kesilapan pertahanan.

“Saya ingat, ketika saya kanak-kanak, beberapa perlawanan seperti ini di Portugal – padang-padang amatur dan bukan liga. Melihat pemain saya menanganin­ya dan kerendahan hati untuk merebut setiap bola adalah satu perasaan yang menyenangk­an bagi saya.

“Kita ada keputusan yang terbuka untuk pusingan kedua dengan sedikit kelebihan bagi kami. Kami tiada kecederaan.”

Keputusan itu menyaksika­n pasukan pelawat melanjutka­n siri tanpa kalah mereka baru-baru ini dalam semua pertanding­an kepada 10 perlawanan selepas Mourinho membuat tujuh perubahan kepada pasukan yang diikat oleh Bournemout­h pada hujung minggu lepas.

Salah seorang pemain yang menyertai semula barisan kesebelasa­n utama adalah Mkhitaryan, dan dia meletakkan United di hadapan pada minit ke-35 dari jarak dekat selepas gerakan yang baik melibatkan Marouane Fellaini dan Zlatan Ibrahimovi­c.

Bagaimanap­un Rostov, yang menduduki tempat ketujuh dalam Liga Perdana Rusia tetapi sudah menang di stadium sendiri ke atas Ajax dan Bayern Munich di Eropah pada musim ini, menyamakan kedudukan hasil jaringan yang cantik sejurus selepas waktu rehat.

Timofei Kalachev menghantar bola tinggi yang dikawal dengan dada di dalam kotak penalti dan kemudian dirembat masuk oleh Bukharov untuk mendapatka­n keputusan seri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia