Utusan Borneo (Sarawak)

Chen Long tersingkir dari Terbuka All-England

-

BIRMINGHAM: Juara Olimpik dari China, Chen Long, tersingkir dari kejohanan badminton Terbuka All-England kelmarin apabila dia tewas pada pusingan kedua kepada Tanongsak Saensomboo­nsuk, pemain nombor 12 dunia dari Thailand, 21-16, 21-19.

Tujuh bulan dan ketiadaan pertanding­an melemahkan Chen dan demikian juga dengan strategi pintar Tanongsak yang tidak terlalu kerap menyerang pemain lawan yang mencipta pertahanan tengah gelanggang yang kental dan mengubahny­a menjadi serangan balas yang merosakkan.

Chen berusaha gigih untuk merapatkan defisit lima mata kepada 19-19 dalam set kedua, dan mungkin dapat memperbaik­i diri jika perlawanan diheret ke set penentuan.

Sebaliknya pada mata seterusnya, dia melakukan pukulan smash yang terkeluar, dan kemudian mengangkat bulu tangkis terlalu pendek sedikit untuk mempertaha­nkan diri daripada serangan Tanongsak pada mata akhir.

“Setiap pemain mahu memenangi kejuaraan ini dan saya juga begitu,” kata Chen, 28 tahun. “Cita-cita saya adalah untuk mengembali­kan prestasi saya.”

Kejutan itu dapat membantu Lee Chong Wei, pemain pilihan pertama yang juga bekas juara tiga kali dari Malaysia, yang terselamat bagi hari kedua dengan lutut yang sakit dan kini mung- kin akan bertemu dengan Tanongsak pada peringkat separuh akhir.

Lee sekali lagi membuktika­n diri seorang pakar penyesuaia­n dan penjimatan ketika mengalami keadaan yang tidak selesa disebabkan oleh kecederaan lutut untuk menewaskan Wang Tzu Wei, pemain nombor 21 dunia yang muda dan bercita-cita tinggi dari Taiwan, untuk mara ke peringkat suku akhir.

Lee bertahan dengan jimat, mengawal kebanyakan rali pada kadar yang dia rasa selesa, dan mencampura­duk corak dengan bijak untuk mara dengan kemenangan 21-18, 21-18.

“Saya hanya cuba melupakan kecederaan saya,” kata pemain nombor satu dunia itu ketika ditanya apa yang dia cuba lakukan.

Sejam selepas kekalahan Chen, juara wanita perseorang­an Olimpik nyaris juga tersingkir.

Carolina Marin berada dua mata dari kekalahan pada kedudukan 17- 19 dalam set kedua perlawanan menentang He Bingjiao, seorang pemain kidal berusia 19 tahun yang kelihatan seperti pemain harapan perseorang­an wanita yang hebat seterusnya dari China, sebelum dia terselamat dengan keputusan 15-21, 21-19, 21-10.

Marin seterusnya menentang Ratchanok Intanon, bekas juara dunia dari Thailand, manakala pemain pilihan utama Tai Tzu Ying menyelamat­kan tiga mata akhir dalam kemenangan 27-25, 21-11 ke atas Minatsu Mitani dari Jepun dan akan menentang Pusarla Sindhu, pemenang pingat perak Olimpik.

Seorang lagi pemain India, Saina Nehwal, turut mara ke peringkat suku akhir, walaupun masih belum pulih daripada pembedahan lutut.

Demikian juga dengan Lin Dan, juara Olimpik tiga kali dan juara bertahan lelaki, yang bergerak dengan cukup baik dalam kemenangan 21-16, 21-11 untuk menang ke atas rakan senegara Huang Yuxiang, dan terus menghidupk­an harapan sentimenta­l bagi perlawanan perpisahan LeeLin dalam perlawanan akhir esok. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? JADI REBUTAN: Trofi Muhammad Ali dipamerkan pada sidang media di New York, AS.
— Gambar Reuters JADI REBUTAN: Trofi Muhammad Ali dipamerkan pada sidang media di New York, AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia