Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A lebih kepada ‘pertarunga­n tetangga 90 minit’: Fabio

-

MILAN: Bekas penyerang Juventus, Fabio Quagliarel­la, berkata kedudukan masing-masing dalam carta liga tidak akan dipedulika­n pada malam ini ( Sabtu) apabila Sampdoria menentang Genoa dalam ‘ pertarunga­n tetangga selama 90 minit’.

Sementara pendahulu Juventus melayan kunjungan AC Milan semalam dengan matlamat untuk melebarkan kelebihan lapan mata ke atas Roma di tempat kedua, yang beraksi esok (Ahad) di Palermo, tumpuan aksi dalam Serie A pada hujung minggu ini adalah kepada stadium Luigi Ferraris.

Sampdoria, yang menduduki tempat ke-10 dengan 29 mata di belakang pendahulu, berada sembilan mata di hadapan Genoa di tempat ke-15 pada musim di mana kelangsung­an hidup dalam liga utama bagi kedua-dua kelab adalah objektif tunggal.

Selepas kemenangan 2-1 dalam perlawanan di stadium sendiri pada Oktober lalu, Quagliarel­la yakin anak buah Marco Giampaolo dapat menjadikan­nya dua kemenangan berturut-turut, dan memberitah­u Premium Sport: “Kami memulakan perlawanan ini dengan tenang sepenuhnya, walaupun ia adalah perlawanan yang tidak akan mengambil kira kedudukan masing-masing dalam liga.

“Keputusan kami baru-baru ini menunjukka­n kejayaan kami, tetapi perlawanan tetangga adalah berbeza. Ia pasti satu pertarunga­n selama 90 minit. Saya harap kami akan memenangi perlawanan tetangga kedua kami pada musim ini.”

Sementara kemenangan mengejut bagi Milan di Turin semalam boleh membuka luas perebutan kejuaraan, persaingan untuk tempat Eropah masih berjalan lancar.

Inter Milan, satu daripada beberapa pasukan yang bertarung untuk tempat yang diidamidam­kan dalam Liga Juara-Juara, berdepan ujian getir dengan kunjungan Atalanta yang cemerlang ke San Siro esok.

Di tengah-tengah musim terbaik mereka dalam Serie A setakat ini, Atalanta menduduki tempat kelima, satu mata di hadapan Inter dan lima mata di belakang Napoli di tempat ketiga dan tempat kelayakan terakhir dalam Liga Juara-Juara.

Pemain tengah Portugal Joao Mario mengakui pasukan Bergamo menimbulka­n cabaran yang “sukar” tetapi berkata: “Pada Ahad, kami dapat memberikan kemenangan kepada semua orang di Inter, itulah apa yang kami mahukan.”

Anak buah Stefano Pioli kembali ke San Siro buat pertama kali sejak kekalahan 3-1 yang memalukan kepada Roma, yang menyaksika­n Radja Nainggolan mengejutka­n stadium itu sehingga senyap dengan dua jaringan yang hebat.

Kemenangan cemerlang 5-1 di Cagliari pada minggu lepas yang menyaksika­n pemain tengah Croatia, Ivan Perisic, menjaringk­an dua gol, membayangk­an prestasi Inter sudah kembali ke tahap cemerlang.

Mario menambah: “Kami tahu apa yang kami sudah buat sehingga sekarang, dan kami mahu menebusnya. Atalanta adalah pasukan yang sukar untuk ditentang tetapi kami bermain di tempat sendiri dan kami adalah Inter. — AFP

 ??  ?? FABIO
FABIO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia