Utusan Borneo (Sarawak)

Tinju Sukan SEA: Skuad negara sasar satu pingat emas, perak dan gangsa

-

KUCHING: Malaysia menyasarka­n satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam acara tinju pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dijadualka­n berlangsun­g pada Ogos depan.

Pengurus pasukannya, Datuk Rahman Lariwoo menjelaska­n sasaran tersebut dibuat selepas menilai prestasi dan kemampuan petinju-petinju negara berbanding pencabar dari negara-negara lain.

“Kita yakin dapat memenangi pingat pada Sukan SEA kali ini selepas gagal memenangi sebarang pingat pada temasya di Singapura dua tahun lalu,” katanya di sini semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Tinju Malaysia (PTM) dan Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA) berkata bagi menguatkan peluang kontinjen negara, petinju-petinju akan menjalani latihan pendedahan terakhir di Uzbekistan, Kazakhstan dan Azerbaijan selama tiga bulan.

Menurutnya, enam petinju dan tiga jurulatih juga akan menyertai Kejohanan Asian ASBC di Uzbekistan dari 30 April hingga 7 Mei depan.

Manakala tiga lagi petinju dan seorang jurulatih terlibat Sukan Solidariti Islam di Azerbaijan dari 12-22 Mei.

“Ini menjadi latihan pendedahan terakhir buat petinjupet­inju kita dan akan berakhir pada 15 Julai depan,” katanya sambil menambah kontinjen akan berlepas pada Selasa depan.

Petinju negara ialah Muhammad Fuad Mohd Redzuan (49kg), Abdul Salam Kasim (52kg), Arfiqani Ahmad Ansari ( 56kg), Khirakyazl­an Azmi ( 64kg), Muhammad Alieshah Mohd Kamrulazma­n (75kg), Adli Hafidz Mohd Pauzi (81kg), Muhammad Al Nazirul Othman (60kg), Mohamad Khairoll Kalai (64kg) dan Indren Ramakrisna­n (75kg).

Mereka dibimbing oleh Azmi Yunus, Mohd Nazri Mat Yusof dan Awang Affendey Awang Kati.

Dalam perkembang­an lain, Rahman menjelaska­n SABA bercadang menganjurk­an kejohanan tinju antara pu- sat latihan di Pusat Latihan Betong.

Untuk rekod, pusat latihan SABA di Kuching Asajaya, Sri Aman, Betong, Saratok, Kapit, Tatau dan Bintulu.

“Kita merakamkan setinggi penghargaa­n kepada Kementeria­n Belia, Sukan dan Solidariti (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana memberi sokongan padu terhadap pembanguna­n sukan tinju di Sarawak dan Malaysia.

“Sebagai pengurus, saya mengimpika­n untuk melihat petinju-petinju kita memenangi emas pertama pada Sukan Olimpik di Tokyo 2020,” katanya.

 ??  ?? BERSEDIA: Rahman (duduk) bersama petinju-petinju dan jurulatih negara pada Sukan SEA 2017.
BERSEDIA: Rahman (duduk) bersama petinju-petinju dan jurulatih negara pada Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia