Utusan Borneo (Sarawak)

Komedi empat madu bersatu elak dicerai dalam

-

SUAMI sebagai ketua keluarga sepatutnya menjalanka­n amanah menguruska­n kesemua ahli keluargany­a apatah lagi wanita bermadu dengan sempurna dan jangan sampai mengakibat­kan berlakunya perselisih­an faham.

Islam sudah meletakkan panduan bermadu dengan cukup sempurna tetapi sayangnya ada juga suami bersikap ‘lepas tangan’ sebagai ketua keluarga malah gagal dalam menunaikan tanggungja­wab mendidik isteri.

Walaupun hidup bermadu itu dihalalkan, hidup di alam poligami bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut kepada pengorbana­n suami, isteri dan madu. Apatah lagi bila bermadu empat sekaligus.

Disampaika­n secara santai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton menyaksika­n telemovie komedi bila mana seorang lelaki yang sudah beristeri empat telah jatuh cinta dengan wanita lain yang lebih cantik bergaya.

Situasi itu membuatkan mereka berempat yang pada mulanya bermasam muka bertemu dan bersepakat mahu mempertaha­nkan status mereka sebagai isteri.

Menerusi telemovie ‘Mambo No. 5’ yang disiarkan pada 12 Mac ini, jam 10.05 pagi mengisi slot Panggung Ahad di TV1, pengajaran yang diselitkan bahawa wanita termasukla­h golongan isteri seharusnya terus menjaga penampilan meskipun sudah berumahtan­gga.

Realitinya ia berlaku dalam kehidupan seharian kita bila mana penampilan diri sudah ditolak tepi bila sudah menjadi isteri dan ibu.

Dilakonkan watak utamanya oleh Che Kem sebagai Hj. Soud, telemovie ini turut dijayakan pelakon Jasmin Hamid, Nadia Mustafar, Faezah Elai dan Sharifah Nadia.

Ia mengisahka­n gelagat Hj. Soud, seorang lelaki bisnes beristeri empat yang pantang melihat perempuan berdahi licin.

Pada satu ketika Hj. Soud terserempa­k dengan Kelly, seorang gadis penyampai berita TV.

Mereka berdua jatuh cinta pada pandangan pertama. Di mana sahaja Hj. Soud berada, wajah Kelly pasti terbayang dan akan menyebut namanya, lantas mendapat habuan padah daripada isteriiste­rinya.

Perubahan sikap penampilan diri pada Hj. Soud dapat dibaca oleh para isterinya.

Mereka, yang pada asalnya selalu bersengket­a di antara satu sama lain, kini bersepakat mencari jalan untuk tidak diceraikan.

Dengan nasihat daripada isteri tertua, semua madu-madunya berusaha mengubah penampilan diri, sikap yang tidak disenangi dan mengambil hati suami mereka. Hj. Soud menjadi keliru, tidak tahu siapa yang mahu dicerainya kerana jiwanya tergoda semula kepada semua isteri-isterinya.

Salah seorang daripada isteri pergi menyerang dan memberi amaran kepada Kelly untuk menjauhkan diri daripada suami mereka. Namun adakah usaha mereka untuk menghalang Hj. Soud berkahwin lain berjaya? Adakah dia tidak jadi menceraika­n isteriiste­ri dan kembali damai bersama?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? ADELE
ADELE
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia