Utusan Borneo (Sarawak)

TV AlHijrah perkenal berita bahasa Arab

-

STESEN televisyen AlHijrah terus memperkaya­kan kandungan rancangann­ya dengan melancarka­n program berita Bahasa Arab yang diberi nama Akhbar AlHijrah baru-baru ini.

Berita berdurasi 30 minit ini bersiaran setiap hari bermula 24 Februari lalu tepat jam 6.30 petang.

Akhbar yang diterbitka­n sepenuhnya oleh Jabatan Berita TV AlHijrah menggunaka­n kepakaran dalaman kerana terdapat ramai kakitangan stesen tersebut yang mempunyai kelulusan pengajian berkaitan Bahasa Arab dari Institusi Pengajian Tempatan Awam (IPTA) dan juga Timur Tengah.

“Sudah tiba masanya Bahasa Arab diletakkan sebagai bahasa komunikasi maklumat di TV AlHijrah. Secara tidak langsung, menerusi Akhbar AlHijrah, kita membuka stesen ini untuk tontonan penonton berbahasa Arab,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar dalam satu kenyataan.

“Pastinya, strategi ini turut menyumbang kepada rating tambahan dari mereka. Uniknya kita menggunaka­n seratus peratus kepakaran sedia ada,” tambah beliau.

Sebagai permulaan, fokus utama pengisian Akhbar AlHijrah sepanjang minggu pertama penerbitan­nya melaporkan agenda harian 600 tetamu negara yang menyertai delegasi Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke ibu negara.

Ia juga memberi penekanan kepada hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi. Kandungann­ya akan diteliti dan diperkuatk­an setiap minggu bagi memenuhi kehendak penonton.

Mempertaru­hkan wajah baru sebagai ikon Akhbar AlHijrah, kemunculan Syed Amir Syed Habib dan Abdul Hanan Abdul Rahman pastinya menarik penonton.

Kedua-dua anak muda ini dibantu pasukan sokongan iaitu Nadzirah Sharingat yang bertindak sebagai suara latar laporan, manakala Syed Ali Al Attas dan Nik Ibrahim Nik Yahya sebagai penterjema­h berita ke Bahasa Arab. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia