Utusan Borneo (Sarawak)

SEDCO serah zakat RM200,000 kepada MUIS

-

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) semalam menyerahka­n zakat perniagaan berjumlah RM200,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini.

Zakat perniagaan itu diserahkan oleh Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Pg Saifuddin Pg Tahir kepada Timbalan Pengerusi MUIS Junaidi Jumahad.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Pg Saifuddin berkata pembayaran zakat itu adalah sebagai melunaskan tanggungja­wab SEDCO untuk membayar zakat berdasarka­n keuntungan dalam perniagaan.

“Setiap tahun kita akan melaksanak­an tanggungja­wab ini dan penyerahan zakat perniagaan akan diteruskan di masa akan datang bergantung kepada hasil keuntungan dalam perniagaan.

“Sedco juga akan terus berusaha bersama-sama dengan anak syarikat yang lain untuk meningkatk­an pendapatan supaya dapat melaksanak­an lebih banyak tanggungja­wab ini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk menyerahka­n zakat secara berkelompo­k bersama 20 anak syarikatny­a di masa- masa akan datang. — Bernama KOTA KINABALU: Tiga anggota polis antaranya seorang wanita berhadapan dengan hukuman penjara apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas pertuduhan menerima dan meminta rasuah.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan pada 26 April tahun ini sebagai sebutan semula kes terhadap Elly Boniface Siew@ Siu Tusuk, 36, Mohd Faiz Mohd Yusof, 32, dan Liza Ambau, 39, selepas mengaku tidak bersalah.

Elly Boniface sebagai seorang koperal polis di Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Daerah Penampang, didakwa meminta suapan wang tunai sebanyak RM6,000 daripada Wong Kian Shung.

Jumlah itu diminta sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, terhadap Dahlia Andreas yang dikatakan positif dadah semasa ujian saringan awal air kencing.

Kesalahan itu dilakukan pada 8 April tahun lalu antara jam 11 malam hingga jam 12 tengah malam, di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Penampang, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000 mengikut manamana nilai yang lebih tinggi.

Mohd Faiz didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 17 (1) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Kanun Keseksaan, kerana menerima suapan.

Pertama, pada 9 Februari tahun lalu jam 10 malam, di kawasan parkir berhampira­n Restoran Nikmat, pekan Donggongon, di Penampang, tertuduh menerima wang tunai sebanyak RM1,000 daripada Zaleha Brahim agar tidak mengambil tindakan terhadap Rinciah Labih yang dikatakan positif dadah, semasa ujian saringan air kencing.

Kedua, pada 10 Februari tahun lalu antara jam 12 tengah hari hingga jam 7 malam, di tempat sama, tertuduh menerima RM2,000 daripada Zaleha, bagi tujuan sama.

Sekiranya disabitkan bersalah, penjara sehingga tempoh 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau denda RM10,000 mengikut manamana nilai yang lebih tinggi.

Ketiga, Mohd Faiz didakwa mengikut Seksyen 16 (1) (b) Akta SPRM 2009, kerana meminta wang tunai sebanyak RM6,000 daripada Wong, agar tidak mengambil tindakan terhadap Dahlia.

Kesalahan itu dilakukan pada 8 April tahun lalu jam 11 malam hingga jam 12 tengah malam, di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Penampang, di sini.

Liza sebagai koperal polis juga didakwa atas pertuduhan sama, meminta wang sebanyak RM3,000 daripada Wong bagi tujuan sama, pada hari dan di tempat sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip berkata, kesalahan yang dilakukan tidak dibenarkan diikat jamin, bagaimanap­un ia mengikut budi bicara mahkamah.

Sekiranya dibenarkan, beliau mencadangk­an ketiga-tiga tertuduh diberikan ikat jamin antara RM10,000 hingga RM15,000 dibayar penuh dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

 ??  ?? DITUDUH RASUAH: Mohd Faiz keluar dari kamar mahkamah bersama Luke (kanan) di Kota Kinabalu, kelmarin.
DITUDUH RASUAH: Mohd Faiz keluar dari kamar mahkamah bersama Luke (kanan) di Kota Kinabalu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia