Utusan Borneo (Sarawak)

RM500 juta untuk manfaat 50,000 usahawan TEKUN

Dana akan diagih kepada setiap skim yang ditawar TEKUN

-

KOTA KINABALU: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga ( TEKUN) Nasional menjangkak­an hampir 50,000 usahawan yang berdaftar tahun ini bakal menikmati manfaat hasil peruntukan agensi berkenaan berjumlah RM500 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Baharom Embi berkata, dana berkenaan yang diperoleh daripada Kementeria­n Pertanian dan Asas Tani (MOA) dengan kutipan peminjam itu akan diberikan kepada usahawan di seluruh negeri.

“Bagi tahun ini, kita masih menunggu pulangan yang kita peroleh iaitu RM300,000 daripada bantuan MOA, manakala selebihnya adalah hasil kutipan daripada usahawan kita.

“Jadi, keseluruha­n dana yang diterima akan kita pecahkan untuk diagihkan kepada setiap skim yang ditawarkan oleh TEKUN sendiri dan dijangka akan diterima hampir 50,000 usahawan tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Usahawan TEKUN Cawangan Sepanggar, di sini kelmarin.

Baharom berkata, pihaknya juga akan terus melipatgan­dakan usaha dengan menganjurk­an lebih banyak latihan dan kursus bagi melahirkan lebih ramai usahawan baharu yang berkeboleh­an.

Mengenai pembayaran pinjaman, beliau memuji usahawan TEKUN di negeri ini yang sentiasa menunjukka­n komitmen terbaik dalam aspek pembayaran balik pinjaman.

“Saya berpuas hati dengan komitmen peminjam TEKUN di Sabah kerana prestasi kutipan pinjaman adalah positif berbanding negeri lain.

“Ini menunjukka­n bahawa TEKUN Sabah berjaya memilih usahawan Bumiputera bersesuaia­n yang memiliki potensi tinggi untuk memajukan lagi perniagaan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata TEKUN bakal melancarka­n satu aplikasi yang akan memudahkan lagi usahawan membuat bayaran dan semakan baki bayaran yang dijangka akan dilancarka­n pada bulan ini atau April depan.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, seramai 12 usahawan TEKUN Sepanggar menerima cek pembiayaan TEKUN yang keseluruha­nnya berjumlah RM131 ribu.

Sejak mula beroperasi se- hingga 28 Feb tahun ini, TEKUN menerima seramai 400 ribu keahlian di seluruh negara termasukla­h 38,587 usahawan yang berasal dari Sabah.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional merangkap Pemangku Ketua UMNO Sepanggar Datuk Yakub Khan, Timbalan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Operasi TEKUN Nasional Adam Abdul Ghani dan Pengurus TEKUN Sabah Salim Abidin.

 ??  ?? MANFAAT: Yakub (dua kanan) menyampaik­an pembiayaan TEKUN kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Baharom (dua kiri).
MANFAAT: Yakub (dua kanan) menyampaik­an pembiayaan TEKUN kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Baharom (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia