Utusan Borneo (Sarawak)

KPM tumpu pelaksanaa­n STEM

-

SANDAKAN: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan tumpuan pelaksanaa­n Pendidikan S a i n s , T e k n o l o g i , Kejurutera­an dan Matematik (STEM) kepada pelajar di semua peringkat umur mulai dari prasekolah, rendah dan menengah.

Perkara itu selaras dengan matlamat pendidikan STEM dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, demikian dinyatakan KPM menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin semasa persidanga­n Dewan Rakyat di ibu negara kelmarin.

Terdahulu itu, Linda meminta KPM menyatakan langkah-langkah bagi meningkatk­an penguasaan Sains dan Matematik untuk memacu kemajuan negara. Pada tahun 2016, KPM banyak memberi tumpuan kepada aktiviti yang memperkasa­kan guru-guru dalam bidang STEM.

Ia kerana KPM yakin bahawa minat dan modal insan pelajar dapat ditingkatk­an apabila guru-guru mempunyai kompetensi dan efikasi kendiri yang mantap.

KPM telah melaksanak­an beberapa inisiatif dan program untuk meningkatk­an STEM.

Antaranya ialah membangunk­an kurikulum yang rel- evan, koheren, berfokuska­n Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Kemahiran Abad ke-21, menghasilk­an bahan sumber STEM untuk pelajar di pelbagai peringkat, melaksanak­an pelbagai aktiviti kokurikulu­m di sekolah dengan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, dan penganjura­n bersama-sama pihak universiti awam dalam program mentor-mentee.

Selain itu, menggalakk­an penglibata­n pelajar dalam aktiviti berkaitan sains dan teknologi yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, meningkatk­an pencapaian Internet di sekolah dan mengadakan kerjasama dengan rakan perkongsia­n pintar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia