Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Sejarah perlu tampil jika ada kesilapan fakta

-

KOTA KINABALU: Persatuan Sejarah Sabah diminta tampil bagi memperbetu­lkan fakta sejarah sekiranya terdapat fakta yang tidak betul disebarkan melalui mana-mana saluran maklumat.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi berkata, sekiranya fakta yang salah diberikan ia akan memberi kesan buruk kepada generasi akan datang.

Maka, pihak berkepenti­n- gan seperti persatuan sejarah perlu tampil memperbaik­i mahupun memperbetu­lkan fakta yang silap.

Menurutnya, jika fakta sejarah silap ia pasti akan memberi kesan buruk kepada Sabah dan orang luar akan salah anggap terhadap perkara yang tidak betul.

Contohnya kesilapan yang berlaku dalam buku terbitan pihak swasta mengenai penyalahgu­naan perkataan bahasa peribumi baru-baru ini. Jika ia tidak diperbetul­kan pihak berkaitan pastinya kesalahan itu akan terus berlanjuta­n.

Di dalam buku terbitan swasta untuk kegunaan Tahun Satu KSSR 2017 dalam unit empat muka surat 22-23 yang khusus untuk ungkapan ‘Terima Kasih’ menyatakan ‘Magsukul’ adalah bahasa Kadazan manakala ‘Kotoluadan’ adalah perkataan bahasa Iban.

Hakikatnya, magsukul adalah perkataan yang diungkapka­n etnik dari kawasan pantai timur Sabah manakala kotoluadan adalah perkataan Dusun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia