Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Tawaran Terhebat Nissan berlangsun­g hari ini dan esok

-

KUCHING: Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 Tan Chong Group, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd ( ETCM) kini membawakan Karnival Tawaran Terhebat Nissan yang diadakan hari ini dan esok (12 Mac) di Pusat 3S ETCM Kuching, Jalan Pending, mulai jam 10 pagi hingga 8 malam.

ETCM menawarkan Nissan Almera 1.5L Automatik, dengan bayaran bulanan serendah RM600* dan sekali lagi memulakan Kempen Liga Juara-Juara UEFA Nissan untuk tahun ketiga.

Para pelanggan yang membeli kenderaan Nissan sepanjang bulan Mac juga berpeluang memenangi percutian ditanggung sepenuhnya dan menikmati pengalaman menyaksika­n perlawanan Liga Juara- Juara UEFA secara langsung di Eropah.

Rangkaian model Nissan yang inovatif akan disediakan untuk dipandu uji di karnival tersebut seperti Nissan XTrail dengan Around View Monitor yang menawarkan pemandanga­n 360 darjah.

ETCM turut menyediaka­n rebat dan penjimatan menarik sehingga RM6,500 untuk model-model terpilih Nissan.

Skim Bayaran Muka 0% Faedah dan Promosi RM1 juga akan diteruskan.

Orang ramai dijemput untuk mengunjung­i Karnival Tawaran Terhebat Nissan untuk menikmati aktiviti Liga Juara-Juara UEFA dan memenangi hadiah- hadiah menarik.

Maklumat lanjut, layari laman web www.nissan.com. my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia