Utusan Borneo (Sarawak)

BIMB Invest sasar RM100j daripada dana baharu

-

KUALA LUMPUR: BIMB Investment Management Bhd (BIMB Invest) merancang untuk mengumpul RM100 juta daripada Dana Ekuiti BIMB- Arabesque Malaysia Shariah-ESG daripada pasaran tempatan dan seberang laut dalam tempoh setahun.

Dana patuh syariah, alam sekitar, sosial dan tadbir urus itu adalah yang pertama seumpamany­a di negara ini dan ia akan melabur dalam syarikat menggunaka­n teknologi kecerdasan tiruan.

Dana itu dilancar dengan kerjasama pengurus aset berpangkal­an di UK, Arabesque Asset Management Holding Ltd ( Arabesque Partners) di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Invest, Najmudin Lutfi berkata, dana itu akan melabur dalam ekuiti disenarai, di mana sekurangku­rangnya 70 peratus diperuntuk kepada syarikat di Malaysia dan sehingga 30 peratus syarikat asing.

“Ia akan ditawar untuk langganan dalam ringgit, dolar AS, euro dan dolar Singapura masing-masing pada RM0.25, AS$0.25, 0.25 dan S$0.25 seunit, untuk 21 hari kalendar semasa tempoh tawaran awal mulai 9 hingga 29 Mac 2017.

“Pelaburan awal minimum yang diperlukan untuk dana berkenaan ialah RM500, AS$500, 500 dan SG$500,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran dana tersebut.

Najmudin berkata, dana berkenaan sesuai untuk pelabur yang mencari pendedahan kepada saham patuh Shariah-ESG Malaysia dan peningkata­n modal dalam tempoh jangka sederhana dan panjang.

“Dana itu boleh diperoleh di semua 145 cawangan Bank Islam di seluruh negara, perunding BIMB Invest serta dalam talian di www.fundsuperm­art.com,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Arabesque Partners, Omar Selim berkata: “Teknologi kecerdasan tiruan yang diinspiras­i pengimejan X-Ray, melibatkan alat pemantauan kemampanan, Arabesque S- Ray ™ , membolehka­n pelabur mempunyai ketelusan penuh di mana kami melabur di syarikat terbabit dan kenapa.

“Pendekatan kuantitati­f berasaskan peraturan membolehka­n kami memproses dengan cekap berbilion titik data dan menghapusk­an bias, dengan objektif membina satu portfolio optimum berbanding risiko,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia