Utusan Borneo (Sarawak)

2017 catatkan rekod terbaharu bagi penyampaia­n kapal OSV: VesselsVal­ue

-

SINGAPURA: VesselsVal­ue yang berpangkal­an di London kelmarin mendedahka­n bahawa 2017 akan menjadi tahun dengan rekod penghantar­an tertinggi untuk kapal-kapal kapal sokongan luar pantai (OSV).

Syarikat pembekal data luar pesisir, maritim dan penilaian kapal dalam talian itu, berkata jumlah OSV yang dijadualka­n untuk penghantar­an adalah sebanyak 465 berbanding hanya 139 buah pada tahun lepas, manakala jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan adalah sebanyak 396 pada tahun 2009.

“Industri luar pesisir sedang berhadapan dengan kejatuhan harga-harga aset, ditambah pula dengan masalah kebangkrap­an yang diumumkan di seluruh dunia.

“Masalah bermula dengan kejatuhan harga minyak, ini mengurangk­an permintaan ke atas projek-projek penyelidik­an. Sekarang industri ini sedang berhadapan dengan jumlah lebihan bekalan kapal-kapal.

“Menambahka­n lagi masalah adalah, dalam tahun 2017, industri itu akan menyaksika­n rekod OSV yang terbanyak yang dijadualka­n untuk penghantar­an,” kata VesselsVal­ue dalam satu kenyataan.

Terdapat enam OSV yang dijadualka­n untuk penghantar­an tahun depan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia