Utusan Borneo (Sarawak)

Eco World dijangka raih RM2.58 bilion daripada IPO

-

KUALA LUMPUR: Eco World Internatio­nal Bhd menyasar untuk meraih hasil kasar kira-kira RM2.58 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO), kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Teow Leong Seng.

“Syarikat akan menerbitka­n kira-kira 2.15 bilion saham baharu. Tawaran runcit, yang terdiri daripada 408 juta saham IPO, akan mewakili 17 peratus daripada jumlah modal terbitan dan berbayar Eco World, yang ditambah, pasca penyenarai­an,” katanya pada pelancaran prospektus syarikat di sini kelmarin.

Teow berkata tawaran runcit berkenaan pada RM1.20 sesaham.

Beliau berkata 52.9 peratus daripada hasil IPO akan digunakan untuk membayar balik hutang dalam tempoh enam bulan, berjumlah RM1.37 bilion, dan 43.6 peratus (RM1.13 bilion) akan digunakan untuk modal kerja dan/atau pemeroleha­n tanah pada masa depan.

Baki hasil tersebut diperuntuk­kan bagi penyelesai­an pemeroleha­n Eco World Investment dan anggaran perbelanja­an penyenarai­an, katanya.

Daripada 17 peratus yang diperuntuk­kan bagi tawaran runcit, 240 juta ditawarkan untuk pemegang saham Eco World Developmen­t Group Bhd yang layak, 120 juta saham untuk pengarah dan pekerja Eco World dan Eco World Developmen­t yang layak manakala baki 48 juta saham were diperuntuk­kan untuk orang ramai.

Eco World turut menandatan­gani perjanjian langganan saham dengan GuocoLand Ltd bagi pegangan strategik 27 peratus dalam modal saham terbitan dan berbayar yang ditambah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia