Utusan Borneo (Sarawak)

RHB Research kekalkan saranan ‘beli’ bagi AirAsia X

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute mengekalka­n saranan ‘beli’ bagi saham AirAsia X Bhd dengan harga sasaran 50 sen.

Dalam nota penyelidik­annya semalam, RHB Research berkata ia menjangka syarikat penerbanga­n itu kekal meraih keuntungan pada 2017 susulan tambahan laluan baharu dan peningkata­n hasil yang berterusan walaupun perlahan.

“Syarikat penerbanga­n itu juga dijangka menyaksika­n pertumbuha­n pendapatan sampingan dan pemulihan perlahan-lahan operasi syarikat penerbanga­n sekutu,” kata firma penyelidik­an itu.

RHB Research berkata disokong oleh harga bahan bakar rendah, faktor penumpang tinggi dan pertumbuha­n kukuh hasil, AirAsia X mencatatka­n keuntungan tahun penuh pertamanya sejak tawaran awam permulaann­ya pada 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia