Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Icon Offshore peroleh kontrak RM72.06 juta

-

KUALA LUMPUR: Icon Bahtera (B) Sdn Bhd, unit Icon Offshore Bhd memperoleh kontrak bernilai RM72.06 juta bagi penyewaan bot kerja penginapan dalam armada kapal kumpulan itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia kelmarin berkata kontrak sewaan jangka panjang itu diberikan oleh SPHI Marine Sdn Bhd, sebuah syarikat yang beroperasi di Brunei.

“Kontrak itu akan bermula pada 1 Mac, 2017, sebagai tarikh sewa dan akan berterusan bagi tempoh tiga tahun dengan pilihan tempoh lanjutan sehingga dua tahun, yang mana, lanjutan seterusnya adalah bagi asas setiap tahun,” kata syarikat itu.

Icon Offshore berkata kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2017 dan seterusnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia