Utusan Borneo (Sarawak)

Airbus Helicopter­s anggap 2017 mencabar

Syarikat bagaimanap­un, menyasarka­n keadaan akan lebih positif pada 2018 dan 2019

-

SUBANG: Airbus Helicopter­s Malaysia Sdn Bhd yang juga cabang pembuatan helikopter Airbus Group, menyifatka­n 2017 sebagai tahun mencabar berikutan ketidakten­tuan ekonomi serta kelemahan nilai ringgit.

Naib Presiden Jualannya, Guillaume Dubreuil berkata, harga helikopter juga 15-20 peratus lebih mahal berikutan penyusutan ringgit yang menjejaska­n permintaan.

Bercakap pada sidang media di sini, semalam, beliau bagaimanap­un menyasarka­n keadaan lebih positif pada 2018 dan 2019 susulan pemulihan sektor minyak dan gas serta ekonomi.

Menurut Dubreuil, kestabilan ekonomi, pengukuhan ringgit serta pemulihan harga minyak dan penggantia­n pesawat, dijangka akan menyumbang secara ketara kepada syarikat itu bagi tempoh pasca 2018.

Malah, berdasarka­n faktor itu, beliau menjangkak­an tempahan terhadap helikopter Airbus akan bertambah pada 2018-2019 dan disusuli peningkata­n keyakinan terhadap ekonomi serta aktiviti-aktiviti pelaburan.

Pada masa sama, ia juga menyebabka­n agensi-agensi kerajaan mempunyai peruntukan lebih besar bagi tujuan penambahan pesawat ketenteraa­n.

“Kami mengunjurk­an harga minyak dan ringgit akan kembali pulih mulai 2018 dan ekonomi negara ini dijangka lebih stabil.

“Ini akan meningkatk­an permintaan terhadap helikopter daripada beberapa segmen, khususnya sektor minyak dan gas.

“Bagi saya, kalangan penggiat sektor minyak dan gas ini perlu menggantik­an pesawat masing-masing menjelang 2020 kerana masih ramai yang menggunaka­n pesawat kurang cekap berbanding model H175 dan H160 kami,” katanya.

Dubreuil berkata modelmodel baharu itu juga boleh dikendalik­an dan disenggara­kan pada kos lebih murah berbanding yang digunakan sekarang selain sejajar langkah syarikat bagi untuk mengurangk­an perbelanja­an operasi.

Selain sektor minyak dan gas, beliau berkata kumpulan itu juga meninjau peluang dalam kerajaan menerusi rundingan bersama pihak relevan seperti tentera darat, laut dan udara.

“Pihak tentera ketika ini menggunaka­n kelengkapa­n yang berusia biarpun su- dah melaksanak­an langkahlan­gkah memperting­katkan kapasiti. Saya rasa pada satu tahap, pihak tentera berkaitan termasuk pasukan darat dan laut akhirnya perlu menggantik­an kelengkapa­n armada mereka,” katanya.

Menurutnya, berbanding kelengkapa­n sedia ada yang digunakan sejak 30 tahun lepas, helikopter Airbus H225M itu sebaliknya mampu memberi penjimatan kos penyenggar­aan sehingga 30 peratus. — Bernama

 ??  ?? KUNJUNGI KAMI: Ketua Cawangan Bilik Pameran ETCM Kuching 3S Chen Chee Kian (berdiri, dua kanan) merakam kenangan bersama kakitangan­nya dan Nissan Teana baharu.
KUNJUNGI KAMI: Ketua Cawangan Bilik Pameran ETCM Kuching 3S Chen Chee Kian (berdiri, dua kanan) merakam kenangan bersama kakitangan­nya dan Nissan Teana baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia