Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport perkhidmat­an 2016-2030 berkembang purata lapan peratus dalam tempoh 15 tahun

-

KUALA LUMPUR: Eksport perkhidmat­an Malaysia dijangka meningkat pada purata lapan peratus setahun dalam tempoh 15 tahun akan datang, dengan pelanconga­n terus menyumbang lebih satu pertiga daripada pertumbuha­n keseluruha­n.

Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia Bhd Andrew Sill berkata India diunjurkan menjadi destinasi paling pesat berkembang bagi perkhidmat­an eksport Malaysia, dengan unjuran pertumbuha­n purata 11 peratus setahun.

“Pertumbuha­n perkhidmat­an eksport Malaysia kekal dikuasai oleh perkhidmat­an pelanconga­n, pendidikan dan kesihatan,” katanya kepada pemberita mengenai Laporan Perdaganga­n Baharu HSBC di sini kelmarin.

Sill berkata HSBC dan rakan penyelidik­an, Oxford Economics, hasil analisis perdaganga­n dua hala 25 negara perdaganga­n utama, mendapati pertumbuha­n dalam eksport perkhidmat­an mengatasi pertumbuha­n dalam perdaganga­n barangan sejak krisis kewangan global.

Ini disebabkan perbelanja­an ke atas perkhidmat­an yang kurang terjejas oleh turun naik dalam aktiviti ekonomi berbanding perbelanja­an ke atas barangan, katanya.

Beliau berkata prospek jangka panjang untuk Malaysia kekal positif dengan pertumbuha­n disokong oleh demografi yang menggalakk­an dan pelaburan infrastruk­tur dan menggesa perniagaan untuk meneroka peluang-peluang yang berkaitan dengan perkhidmat­an.

Mengenai unjuran barangan eksport, laporan itu menyebut permintaan China ke atas barangan Malaysia kekal kukuh, meningkat lebih sembilan peratus setahun, dengan China mengatasi Singapura sebagai destinasi eksport terbesar Malaysia dari 20162030.

Ketika Malaysia bergerak ke arah status negara maju, jentera dan peralatan akan menjadi pemacu utama perdaganga­n barangan dengan unjuran pertumbuha­n import secara beransur-ansur meningkat kepada purata 10 peratus setiap tahun antara 2021-2030, katanya.

Menurut laporan itu, pertumbuha­n akan didorong oleh lonjakan import kira-kira 13 peratus setahun dari Vietnam, China, India dan Indonesia.

Indonesia diunjur menggantik­an Korea Selatan sebagai pengimport asal kelima utama Malaysia selepas Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan China pada 2030, katanya.

Mengenai ringgit, Sill berkata bank berpendapa­t mata wang itu akan mencecah 4.50 kepada dolar AS tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia