Utusan Borneo (Sarawak)

SC akan terus utamakan penguatkua­saan

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Sekuriti (SC) terus mengutamak­an penguatkua­saan, dengan tindakan yang dilaksanak­an pada 2016 menyumbang hasil yang positif.

Ia berkata pendakwaan terhadap kesalahan dagangan orang dalam terus merupakan tindakan terbesar dari segi jumlah bilangan individu yang dikenakan pertuduhan, iaitu 10 daripada 17 individu.

Dalam Laporan Tahunan SC 2016 yang dikeluarka­n kelmarin, ia berkata sejumlah RM1.79 juta yang dikumpul menerusi penguatkua­saan sivil, dikembalik­an kepada 423 pelabur.

“Kejayaan dalam kes melibatkan manipulasi saham Repco Holding Bhd menyaksika­n SC memperoleh hukuman penjara paling lama yang pernah dikenakan oleh mahkamah bagi kesalahan manipulasi pasaran sejak penubuhann­ya.

Low Thiam Hock, yang digelar sebagai ‘Repco Low’ dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda sebanyak RM5 juta selepas didapati bersalah pada 11 Januari 2016 kerana memanipula­si saham Repco Holdings Bhd (Repco) pada 1997.

SC juga mendakwa empat individu mengikut Seksyen 317A Akta Pasaran Modal dan Perkhidmat­an 2007 (CMSA) kerana menyebabka­n kerugian secara salah kepada syarikat senaraian awam (PLC).

Ia juga mendapatka­n injunksi bagi menghalang pelesapan aset PLC disebabkan pelanggara­n Seksyen 317A CMSA.

“Pelbagai tindakan ke atas pelanggara­n undang-undang sekuriti membuktika­n rangkaian instrumen penguatkua­saan yang tersedia kepada SC untuk menanganip­elanggaran.

“Menyokong usaha ini ialah mandat kami untuk melindungi pelabur dan mengekalka­n integriti pasaran,” kata SC.

Tindakan penguatkua­saan yang dilaksanak­an oleh SC termasuk pendakwaan jenayah, dagangan orang dalam, penyata kewangan palsu dan mengeliruk­an, dan menyebabka­n kerugian secara salah kepada PLC

Ia juga bertujuan mendapatka­n penalti kewangan termasuk memperoleh semula keuntungan untuk dikembalik­an kepada pelabur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia