M’sia pasaran dalam talian paling pesat berkembang

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Membeli-belah dalam talian semakin pesat berkembang, dan ekonomi Malaysia merupakan pasaran dalam talian yang paling pesat berkembang hari ini dengan jualan oleh pedagang utama mencecah lebih AS$700,000 (AS$1 = RM4.46) sejak enam bulan lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, platform penawaran global, Paylesser, berkata, membeli-belah menggunaka­n kemudahan mudah alih semakin popular seperti yang dibuktikan menerusi data trafik yang baharu dikeluarka­n dalam laman webnya bagi September 2016 hingga Februari 2017.

“Kira-kira 55 peratus daripada 250,000 pelawat menggunaka­n telefon pintar, komputer meja (38 peratus) dan tablet (tujuh peratus) untuk melayari laman web Paylesser Malaysia,” katanya.

Dari segi demografi, ia berkata 21 peratus daripada jumlah pelanggan berumur dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun, 49 peratus dari 25 hingga 34 tahun dan 17 peratus berumur antara 35 dan 44 tahun.

Asas pengguna Paylesser melibatkan 50.35 peratus lelaki dan 49.65 peratus wanita sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Paylesser Suneet Manchanda berkata penyedia utama kupon dan tawaran global, menyasarka­n untuk memberi peluang penjimatan terbaik kepada mereka yang membeli- belah dalam talian di Malaysia.

Paylesser mempunyai lebih 100,000 tawaran dan koupon untuk lebih 5,000 pedagang di seluruh dunia, manakala untuk Malaysia, ia menawarkan lebih 1,500 tawaran bagi peruncit dalam talian seperti Lazada, Zalora dan Agoda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.