Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport perabot sasar RM16b menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Eksport perabot Malaysia boleh capai sasaran RM16 bilion menjelang 2020 jika isu seperti kekurangan bahan mentah iaitu pokok getah dan pekerja berjaya diselesaik­an, kata Persatuan Perabot Muar (MFA).

Di bawah Dasar Perindustr­ian Kayu ( NATIP) 2009-2020, Malaysia mahu mencapai sasaran sebanyak RM16 bilion dalam eksport produk perabot menjelang 2020.

Penasihat Eksekutif NATIP, Desmond Tan Boon Hai, berkata sektor perabot tempatan sedang berhadapan dengan kekurangan bahan mentah pokok getah sejak beberapa bulan kebelakang­an ini sehingga menyebabka­n kos melonjak sebanyak 25 peratus sejak tiga dan empat bulan lepas.

“Kayu getah adalah bahan mentah utama untuk industri perabot di Malaysia dan kekurangan tersebut telah menjejaska­n proses pembuatan,” katanya kepada Bernama semasa Pameran Perabot Antarabang­sa Malaysia (MIFF) 2017 semalam.

Katanya, kenaikan harga getah menjadi sebab utama kekurangan itu sehinggaka­n penoreh tidak mahu menebang pokok.

Selain itu, Tan berkata, kekurangan pekerja juga boleh menjejaska­n eksport kerana rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dalam sektor pembuatan.

“Rakyat Malaysia dididik untuk bekerja dalam sektor kolar putih dan ditambah pula dengan isu buruh asing, kekurangan pekerja telah menjadi masalah utama dalam industri ini sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau berharap kerajaan dapat mengumumka­n dasardasar yang lebih baik bagi menyelesai­kan isu-isu ini.

“Perabot Malaysia adalah terkenal kerana kualiti, ketepatan masa penghantar­an dan pengalaman berurusan dengan pembeli tempatan.

“Bersama- sama dengan usaha-usaha kerajaan, seperti dorongan untuk lebih banyak pereka cipta tempatan dan aktiviti promosi di luar negara, kita bukan sahaja mampu mencapai sasaran pertumbuha­n lima peratus eksport bagi tahun ini, dan adalah tidak mustahil untuk kita mencapai sasaran NATIP,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia