Utusan Borneo (Sarawak)

Stok minyak sawit Feb Malaysia turun 5.32 peratus kepada 1.46 juta tan metrik

-

KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit Malaysia pada Februari 2017 berkuranga­n 5.32 peratus kepada 1.46 juta tan metrik berbanding 1.54 juta tan metrik pada Januari tahun ini.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam satu kenyataan semalam berkata, stok minyak sawit mentah (MSM) turun sebanyak 2.21 peratus kepada 766,713 tan metrik pada Februari daripada 784,033 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Ia berkata stok minyak sawit diproses berkuranga­n sebanyak 8.55 peratus kepada 692,343 tan metrik pada Februari berbanding 757,049 tan metrik pada Januari.

Mengenai pengeluara­n, ia berkata pengeluara­n MSM Februari turun kepada 1.26 juta tan metrik daripada 1.28 juta tan metrik pada Januari.

Pengeluara­n isirung sawit meningkat kepada 316,069 tan metrik pada Februari berbanding 310,186 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Bagi eksport, lembaga itu berkata, pengambila­n biodiesel pada Februari melonjak kepada 41,019 tan metrik ber- banding 9,102 tan metrik pada Januari, manakala minyak sawit susut kepada 1.11 juta tan metrik berbanding 1.29 juta tan metrik pada Januari.

MPOB berkata eksport minyak isirung sawit meningkat kepada 71,700 tan metrik daripada 64,809 tan metrik pada Januari.

Eksport dedak isirung sawit turun kepada 186,568 tan metrik pada Februari daripada 187,017 tan metrik pada Januari, manakala oleokimia susut kepada 210,446 tan metrik daripada 211,823 tan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia