Utusan Borneo (Sarawak)

MIFF 2018 tawar ruang pameran lebih besar

-

KUALA LUMPUR: Pameran Perabot Antarabang­sa Malaysia 2018 (MIFF 2018), yang dijadual berlangsun­g pada 8 hingga 11 Mac, akan menawarkan kawasan yang lebih besar, seluas 100,000 meter persegi berbanding 80,000 meter persegi sekarang ini.

Pengerusi MIFF Datuk Dr Tan Chin Huat berkata dengan peningkata­n 25 peratus dari seluruh dunia berbanding 543 sekarang.

“Dengan slogan baharu ‘Rekabentuk Menghubung­kan Rakyat’, MIFF 2018 dijadualka­n diadakan di dua tempat iaitu Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia yang baharu dan di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC),” katanya pada taklimat media di sini semalam.

MIFF 2017, yang berlangsun­g pada 8 hingga 11 Mac, diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia dan PWTC.

Tan berkata MIFF 2018 akan mempunyai dua segmen baru iaitu ‘MIFF Timber Mart’ dan ‘ designRena’, bagi memberi laluan kepada Malaysia untuk menjadi pusat pengedaran perabot.

Beliau berkata MIFF, yang akan menyambut ulang tahun ke- 24 tahun depan, perlu mempelbaga­ikan aktiviti bagi menghadapi persaingan.

“Industri perabot perlu berubah sekarang kerana persaingan semakin meningkat.

“Terdapat terlalu banyak pameran. Jika tidak berubah, anda akan ketinggala­n dan kita mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran perabot,” katanya.

Tan berkata MIFF Timber Mart akan bertindak sebagai pusat sehenti untuk mempamerka­n bahan-bahan kayu dan berkaitan kayu.

“Ia juga akan menjadi platform perdaganga­n dan rangkaian untuk pembekal dan pembeli kayu dunia,” kata Tan.

Mengenai designRena, beliau berkata, sebuah dewan akan dikhususka­n kepada peserta pameran terpilih Malaysia untuk mempamerka­n produk mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia