Utusan Borneo (Sarawak)

Guatemala ratapi 35 gadis korban kebakaran di rumah perlindung­an

-

BANDAR GUATEMALA: Guatemala diselubung­i perasaan marah dan terkejut kelmarin berikutan kematian 35 gadis remaja dalam kebakaran di sebuah rumah perlindung­an diuruskan oleh pihak kerajaan di mana kakitangan­nya dituduh melakukan penderaan seksual dan layanan buruk lain.

Angka tersebut bertambah dengan perlahan-lahan daripada 19 orang yang terbunuh dalam kebakaran Rabu lepas, apabila 16 lagi meninggal dunia di hospital semalaman dan kelmarin akibat kecederaan melecur mereka yang teruk.

Seramai 19 mangsa terselamat masih dirawat di hospital, kebanyakan mereka berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai hospital.

Semua mangsa berusia di antara 14 dan 17 tahun.

Mereka semua adalah penghuni di Virgin of the Assumption Safe Home yang terletak hanya di timur Bandar Guatemala.

Pada masa tragedi, fasiliti yang berusia sedekad itu, dikeliling­i oleh tembok konkrit dan kawat berduri, telah menempatka­n hampir 800 kanak-kanak – dua kali ganda daripada jumlah yang sepatutnya.

Satu hipotesis awal oleh pendakwa raya hak asasi manusia mencadangk­an remaja di pusat itu melakukan kebakaran pada awal Rabu dengan membakar tilam semasa satu pengurunga­n, diarahkan selepas sekumpulan lebih 12 remaja dilaporkan melarikan diri pada Selasa lepas.

Siasatan sedang dilakukan bagi menentukan punca sebenar dan mengetahui siapa yang bertanggun­gjawab bagi jenayah itu.

Presiden Jimmy Morales, selepas memecat pengarah rumah perlindung­an tersebut, menyatakan kelmarin bahawa ia adalah “sangat menyedihka­n dan mengecewak­an di mana beberapa gadis dan kanakkanak boleh terbunuh dalam situasi sebegini.”

Kerajaanny­a telah mengumumka­n perkabunga­n negara selama tiga hari.

Dalam satu tunjuk perasaan, beberapa aktivis meninggalk­an anak patung di atas longgokan arang di depan istana presiden Morales bagi menandakan kritikan terhadap kecuaian oleh pihak berkuasa.

Lucas Najera, seorang penjual akhbar berusia 76 tahun dan datuk kepada seorang gadis berusia 14 tahun yang tercedera dalam kebakaran itu, berkata: “Mereka menggelar ia sebagai sebuah ‘ rumah selamat’. Namun bagaimana ia menjadi selamat?”

“Bagaimana mereka boleh tidak menyedari tepat pada masanya bagi menyelamat­kan mangsa sekiranya asap itu dapat dilihat serta-merta?” tanya bapa saudara kepada seorang gadis berusia 15 tahun yang terkorban di rumah mayat di ibu negara. Lelaki itu hanya memberi nama pertamanya, Marvin. Mayat anak saudaranya yang rentung dikenal pasti melalui ujian DNA.

Hilda Morales, seorang pendakwa raya yang mempertaha­nkan hak kanakkanak, menggelar kebakaran itu pembunuhan beramairam­ai.

Ketua kementeria­n kebajikan sosial yang bertanggun­gjawab bagi rumah perlindung­an itu, Carlos Rodas, berkata beliau bertanggun­gjawab bagi apa yang telah berlaku, namun menafikan sebarang kegagalan ketika bertugas.

“Kami tidak boleh mengembali­kan nyawa mereka semula,” kata beliau. “Namun kita boleh melihat pada sistem dan menjadikan ia lebih telus.”

Presiden Morales berkata sebelum kebakaran, arahan telah diberikan untuk memindahka­n sebahagian daripada remaja tersebut ke fasiliti lain kerana ia terlalu sesak. — AFP

 ??  ?? TUNTUT KEADILAN: Orang ramai melaungkan ‘Kami mahukan keadilan’ ketika berhimpun untuk memperinga­ti mangsa kebakaran di luar Istana Negara di Guatemala kelmarin.
TUNTUT KEADILAN: Orang ramai melaungkan ‘Kami mahukan keadilan’ ketika berhimpun untuk memperinga­ti mangsa kebakaran di luar Istana Negara di Guatemala kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia