Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Brazil serbu penjara, rampas pisau, telefon bimbit

-

BRASILIA: Pihak tentera Brazil kelmarin mengumumka­n ia telah merampas lebih 2,000 pisau, beratus-ratus telefon bimbit, dadah, wang tunai dan alkohol semasa serbuan ke atas beberapa penjara, termasuk penjara di mana berlakunya keganasan maut pada awal tahun ini.

Anggota tentera telah dihantar untuk menggeleda­h 10 penjara selepas berlakunya pertumpaha­n darah di mana seramai 140 orang terbunuh dalam keganasan geng.

“Ia adalah satu langkah tambahan... dalam tempoh tegang ini,” kata Menteri Pertahanan Raul Jungmann.

Seramai 4,000 anggota tentera telah dihantar ke penjara di bandar Manaus di Amazon, di mana 56 banduan terbunuh, dan Rio Grande do Norte, di mana 26 terbunuh, di antara beberapa penjara lain.

Dengan kira-kira 622,000 banduan di 2,766 institusi, Brazil memiliki populasi penjara keempat terbesar di dunia dan dalam kebanyakan kes fasiliti tersebut adalah terlalu sesak.

Konflik antara kumpulan yang bermusuhan meletus pada lewat Januari, dengan beberapa mangsa telah dipenggal kepalanya dalam keganasan tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia