Utusan Borneo (Sarawak)

Pemangku presiden Korea Selatan janji stabilkan negara

-

SEOUL: Pemangku presiden Korea Selatan semalam berkata kabinet akan menstabilk­an negara bagi menghalang konflik dalaman menjadi bertambah teruk.

Beliau bercakap beberapa jam selepas keputusan Mahkamah Perlembaga­an untuk mengesahka­n undi pendakwaan Parlimen dan memecat Presiden Park Geun-Hye daripada tugasnya telah menimbulka­n bantahan ganas.

“Saya menghormat­i keputusan mahkamah perlembaga­an...kabinet seharusnya mengendali­kan hal ehwal negara dalam satu cara yang stabil dan menguruska­n ketenteram­an sosial untuk menghalang konflik dalaman bertambah teruk,” kata Perdana Menteri Hwang Kyo-Ahn, yang menjadi pemangku presiden pada Disember.

Hwang meminta beberapa kementeria­n yang relevan agar menyediaka­n dengan segera pilihan raya presiden yang akan diadakan dalam masa 60 hari. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia