Utusan Borneo (Sarawak)

‘Lelaki kapak’ mengamuk di Jerman

Cederakan tujuh di stesen kereta api, dipercayai mengalami masalah mental

-

DUSSELDORF: Polis Jerman menahan seorang lelaki bersenjata­kan kapak dipercayai mengalami masalah mental selepas dia mencederak­an tujuh orang di stesen kereta api utama di Dusseldorf kelmarin.

Lelaki berusia 36 tahun itu berasal dari bekas Yugoslavia, menurut polis, yang menyatakan dia mengalami kecederaan serius selepas dia terjun dari sebuah jambatan ketika cuba melarikan diri.

“Seorang lelaki bersenjata­kan sebilah kapak menyerang orang secara rambang” pada kira- kira jam 8.50 malam waktu tempatan, kata polis dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa dia “kelihatan seperti mengalami masalah mental.”

“Daripada tujuh kecederaan, tiga orang mengalami kecederaan teruk dan empat orang lagi cedera ringan,” kata mereka.

Disebabkan oleh kecederaan­nya akibat terjun dari jambatan suspek masih lagi belum dapat disoal siasat, lapor agensi berita Jerman DPA.

Sebab dia melakukan serangan masih belum diketahui.

Selepas kejadian tersebut, ramai anggota polis termasuk anggota komando polis khas yang bersenjata lengkap memakai balaclava dan ves kalis peluru telah dikerahkan ke stesen tersebut.

Akhbar Bild melaporkan beberapa helikopter turut dilihat berlegar-legar di ruang udaranya.

“Gangguan di stesen utama di Dusseldorf. Kita tidak boleh menyatakan bila kereta api akan beroperasi semula,” kata polis wilayah di dalam Twitter.

Pada mulanya pihak polis menyatakan beberapa orang terlibat, namun selepas menentukan lelaki itu sebagai pesalah tunggal yang bertang- gungjawab dan menahannya, stesen itu dibuka semula se- jurus sebelum tengah malam kelmarin. “Kami sedang berada di platform menunggu kereta api. Kereta api itu muncul dan tiba- tiba seseorang yang bersenjata­kan sebilah kapak muncul dan mula menyerang orang ramai,” seorang saksi yang tidak dinyatakan namanya memberitah­u Bild.

“Terdapat darah di meratarata tempat,” saksi tersebut dipetik sebagai berkata.

Peter Altmaier, seorang penasihat rapat dengan Angela Merkel, menulis di dalam Twitter: “Apa yang berlaku di stesen utama Dusseldorf, perasaan simpati dan ingatan kami adalah bersama dengan mangsa yang tercedera.”

Datuk bandar bagi bandar tersebut, Thomas Geisel turut menyatakan rasa simpati kepada mangsa.

“Ia merupakan satu pukulan hebat bagi Dusseldorf. Ra- mai orang yang berada dalam keadaan terkejut. Saya ingin menyatakan ucapan terima kasih kepada pihak polis. Ingatan saya adalah untuk kesemua mangsa dan keluarga mereka,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Pihak berkuasa Jerman telah berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi serangan keganasan, terutama sejak satu serangan diakui oleh kumpulan Negara Islam (IS) pada Disember lepas di mana sebuah trak yang dirampas merempuh sebuah pasar Krismas Berlin, mengorbank­an seramai 12 orang.

Menurut perkhidmat­an keselamata­n Jerman, terdapat kira-kira 10,000 anggota Islamis radikal di negara ini, di mana 1,600 telah disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas.

Bagaimanap­un, terdapat beberapa serangan di Jerman baru-baru ini di mana penyerang telah didapati sebagai mengalami masalah ketidaksei­mbangan psikologi.

Pada Julai tahun lepas, seorang pendatang berusia 17 tahun bersenjata­kan sebilah kapak dan sebilah pisau telah melakukan amukan di dalam sebuah kereta api di Bavaria, selatan Jerman, mencederak­an secara serius empat orang daripada sebuah keluarga pelancong dari Hong Kong dan seorang orang awam.

Penyerang tersebut kemudian didapati mengalami masalah mental.

Pada Februari, seorang rakyat Jerman berusia 35 tahun, yang menurut media turut mengalami masalah psikiatrik, telah memandu keretanya menuju ke arah orang awam di Heidelberg, barat daya Jerman, membunuh seorang dan mencederak­an dua orang lagi. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PANTAU KEADAAN: Anggota polis berkawal di stesen kereta api utama di Dusseldorf, barat Jerman kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata­kan kapak mencederak­an tujuh orang.
PANTAU KEADAAN: Anggota polis berkawal di stesen kereta api utama di Dusseldorf, barat Jerman kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata­kan kapak mencederak­an tujuh orang.
 ??  ?? BERTINDAK PANTAS: Komando polis khas tiba di stesen kereta api utama Dusseldorf, barat Jerman kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata­kan kapak mencederak­an tujuh orang.
BERTINDAK PANTAS: Komando polis khas tiba di stesen kereta api utama Dusseldorf, barat Jerman kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata­kan kapak mencederak­an tujuh orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia