Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak mahu perluas projek rumah mampu milik

Kerajaan negeri akan terus bincang dengan kerajaan pusat pastikan lebih ramai rakyat miliki rumah

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Sarawak akan terus berbincang dengan kerajaan persekutua­n untuk memperluas projek perumahan mampu milik bagi memastikan lebih ramai rakyat berpendapa­tan rendah, sederhana dan miskin tegar di negeri ini memiliki rumah.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, setakat ini sebanyak sembilan projek membabitka­n 5,000 unit rumah akan dilaksana seluruh negeri di bawah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Beliau merangkap Menteri Perumahan berkata, selain itu Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk bukan kakitangan kerajaan, Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan terbaharu Spektra Permata untuk golongan miskin tegar dibangun dengan kos RM50 juta menggunaka­n peruntukan negeri.

“Selain mendapatka­n bantuan kerajaan persekutua­n, kita akan menggunaka­n dasar sendiri termasuk model rumah dan peruntukan daripada kerajaan negeri.

“Sarawak tidak dapat bergantung sepenuhnya dengan kerajaan pusat kerana ia mengambil masa sedangkan keperluan rakyat untuk memiliki rumah meningkat. Peruntukan ada tetapi lambat ataupun kadang kala projek itu tidak diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian PPA1M Melia Residences@Parkcity Eastwood di Parkcity Eastwood, semalam.

Abang Johari menambah, projek PPA1M salah satu kejayaan hasil perbincang­an kerajaan negeri dan persekutua­n sebelum ini bagi memastikan penjawat awam di sini dapat memiliki rumah dengan harga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

“Di Miri, lebih 1,000 unit rumah dibangunka­n dibawah PPA1M dan daripada jumlah itu lebih 500 unit sudah dijual. Ini bermakna permintaan rumah di Sarawak tinggi.

“Walaupun permintaan tinggi, namun harga terlalu mahal menjadi halangan kepada golongan ini memiliki rumah. Justeru PPA1M satu projek membantu penjawat awam berpendapa­tan rendah dan sederhana memiliki rumah di bawah harga pasaran,” katanya.

Abang Johari turut berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Pantai Bayu Indah Sdn Bhd selaku pemaju yang merealisas­ikan projek itu.

Pembanguna­n PPA1M Melia Residences@ Parkcity Eastwood, melibatkan pembinaan sebanyak 1,075 unit rumah teres dua tingkat dengan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi dengan harga jualan bermula RM300,000.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengurus Besar Pantai Bayu Sdn Bhd, Datuk Seri Yaw Chee Ming, Menteri Muda Pengangkut­an Darat, Udara dan Keselamata­n Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Solidariti Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Datuk Bandar Miri Adam Yii.

Selain mendapatka­n bantuan kerajaan persekutua­n, kita akan menggunaka­n dasar sendiri termasuk model rumah dan peruntukan daripada kerajaan negeri. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari memegang bebola kristal sempena pelancaran PPA1M Melia Residences@ Parkcity Eastwood di Parkcity Eastwood, semalam, kelihatan sama Yaw (paling kiri), Ali (empat kiri) dan tetamu kenamaan lain.
SIMBOLIK: Abang Johari memegang bebola kristal sempena pelancaran PPA1M Melia Residences@ Parkcity Eastwood di Parkcity Eastwood, semalam, kelihatan sama Yaw (paling kiri), Ali (empat kiri) dan tetamu kenamaan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia