Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan jamin tangani isu sekolah daif di Sarawak

-

MIRI: Kerajaan persekutua­n memberi jaminan untuk terus menangani isu kemudahan infrastruk­tur sekolah daif di Sarawak.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, usaha bagi memperbaik­i keadaan infrastruk­tur sekolah di negeri ini merupakan komitmen berterusan.

“Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Kementeria­n Pendidikan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kini dalam proses untuk memperbaik­i keadaan infrastruk­tur rosak di hadapi sekolah daif di sini,” jelasnya.

Ali Hamsa berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bagi melihat projek membaik pulih sekolah daif ke Sekiolah Kebangsaan (SK) Kampung Luak di sini semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah ICU Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaki, Pegawai Pendidikan Daerah Miri Dr Hassan Hasbollah serta difdif kehormat yang lain.

Ahmad Zaki memberitah­u, pihaknya sedang meneliti keperluan projek membaik pulih sekolah daif lain dan berharap usaha berkenaan dapat dilaksana secepat mungkin.

Sementara itu, Dr Hassan berkata sejumlah 183 buah sekolah- sekolah daif di Sarawak telah dikenal pasti bagi diberikan keutamaan keperluan membaik pulih dan meningkat kemudahan infrastruk­tur.

“Sebenarnya lebih besar lagi, tetapi kerajaan lebih memberikan tumpuan kepada sekolah dikenal pasti tahun lalu.

“Ada beberapa sekolah telah diganti bangunan baharu dengan dibina mengguna teknologi Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS).

“Manakala sekolah lain pula akan dibaiki secara konvension­al,” ujarnya.

Mengulas mengenai projek membaik pulih SK Kampung Luak terbabit, Ali Hamsa berpuas hati perlaksana­an projek dewan sekolah terbabit yang menelan belanja kirakira RM120,000 dan kerja pembaikan kecil lain yang dilaksanak­an ICU.

Menyentuh mengenai kuarters kakitangan SK Kampung Luak yang belum didiami disebabkan sudah usang, Ali Hamsa menjelaska­n bahawa beliau akan mencari jalan untuk membina kuarters baharu di sekolah tersebut.

Terdahulu, Ali Hamsa turut mengadakan lawatan ke pusat Balai Polis Miri dan bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk meningkatk­an kemudahan di balai berkenaan.

“Selain itu juga, saya turut melawat ke Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini dan menerima maklum balas positif orang awam berpuas hati dengan perkhidmat­an cemerlang disedia pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di situ.

“Ini menunjukka­n bahawa pegawai- pegawai kitaB memberikan yang terbaik. Tahniah dan diharapkan terus cemerlang dalam penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, melalui keseluruha­n usaha diambil semua agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutua­n atau negeri, kesemuanya telah bekerjasam­a dan pelbagai projek dilaksanak­an dengan sempurna.

 ??  ?? BEGINI: Dr Hassan (tiga kiri) menjelaska­n mengenai pembanguna­n terkini di SK Kampung Luak kepada Ali Hamsa dan Ahmad Zaki (kanan) serta yang lain.
BEGINI: Dr Hassan (tiga kiri) menjelaska­n mengenai pembanguna­n terkini di SK Kampung Luak kepada Ali Hamsa dan Ahmad Zaki (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia