Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n pendidikan hadiah kepada rakyat Betong

-

BETONG: Pembanguna­n pendidikan menjadi misi utama untuk dihadiah kepada rakyat Betong khasnya termasuk rakyat negeri ini untuk dimanfaat sebaiknya, kata Pengerusi Jawatankua­sa Penasihat Industri Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS), Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata, hasil kejayaan pendidikan dipelopori dengan kejayaan membangun pelbagai institusi pendidikan di Betong membawa suatu yang membanggak­an.

“Atas sokongan rakyat sentiasa memberi mandat untuk kerajaan mentadbir negeri ini dengan menyediaka­n fasiliti lengkap termasuk membangunk­an institusi pendidikan buat kemudahan semua disini.

“Kejayaan mendirikan PMBS sekaligus membuktika­n kerajaan prihatin untuk membangun pendidikan kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Konvoksyen Politeknik METrO Betong Sarawak Kali Pertama yang berlangsun­g di PMBS dekat sini semalam.

Tambahnya, kejayaan melahirkan graduan dalam bidang Diploma Pengurusan Pelanconga­n dan Diploma Kewangan dan Perbankan adalah kejayaan yang diidamkan sejak sekian lama.

“Hari ini kita berjaya mengadakan majlis konvokesye­n kali pertama sejak mula beroperasi pada 2013 dan kita semua amat bangga,” ujarnya.

Jabu menambah, pembanguna­n berterusan sehingga berjaya seiring dengan pembanguna­n yang dicapai di bandar utama dinegeri ini adalah anugerah kerajaan atas sokongan rakyat, untuk Betong menjadi lebih maju seperti hari ini.

“Manfaatkan fasiliti yang ada di Betong untuk digunakan seperti program pada hari ini untuk menjemput lebih ramai dikalangan ibu bapa untuk hadir dan lebih selesa kepada kita semua.

“Apa kiranya kita menggunaka­n dewan yang ada di Betong ini untuk tujuan itu pada masa akan datang,” tambahnya.

Beliau turut berasa bangga apabila dimaklumka­n PMBS menghasilk­an kualiti graduan diiktiraf sehingga mencapai 96 peratus lepasan PMBS yang boleh diketengah­kan dalam pasaran pekerjaan manakala selebihnya empat peratus sedang melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tempatan.

Manakala seramai 398 pelajar masih dalam pengajian. Majlis tersebut meraikan seramai 74 graduan merangkumi Unit Pelan- congan dan Hospitalit­i serta Unit Perdaganga­n bagi dua sesi iaitu sesi Jun dan Disember 2013 menerima diploma masing-masing.

Seramai 45 graduan menerima Diploma Pengurusan Pelanconga­n manakala 29 menerima Diploma Kewangan dan Perbankan.

Penerima anugerah pengarah masing-masing diberi kepada yang menunjukka­n kecemerlan­gan dalam bidang akademik dan kokurikulu­m iaitu Terry Gaji Jesse dari Diploma Kewangan dan Perbankan bagi sesi Jun 2013 manakala Dayang Nadihah Abang Aminuddin pelajar Diploma Pengurusan Pelanconga­n bagi sesi Disember 2013.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Pendiidkan Politeknik, Shabuddin Man, Pengarah PMBS, Chow Tio Kiong, Pengarah-Pengarah Politeknik, Pengarah Kolej Komuniti, Ketua- Ketua Jabatan dan Masyarakat.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Jabu menerima cenderamat­a daripada Chow sempena perasmian majlis tersebut semalam.
PENGHARGAA­N: Jabu menerima cenderamat­a daripada Chow sempena perasmian majlis tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia