Utusan Borneo (Sarawak)

UPP sedia berdamai dengan SUPP demi manfaat masyarakat, khususnya Cina: Rayong

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) bersedia berdamai dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) dalam masa terdekat demi manfaat masyarakat khususnya Cina di negeri ini.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat (UPP) Dr Johnical Rayong Nyipa berkata, perdamaian antara kedua-dua parti itu bukan satu perkara mustahil kerana dalam politik sentiasa ada kemungkina­n.

“Kita mengharapk­an perpaduan kalangan kaum Cina juga untuk semua ahli Bumiputera kedua-dua pihak supaya mempunyai perwakilan lebih besar dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jika ini boleh menjadi kenyataan, ia pasti akan mengukuhka­n parti kita dalam Barisan Nasional untuk semua kaum,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Pemuda Pusat UPP di ibu pejabat parti di Jalan Pending, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Dato Richard Wee agar UPP dan SUPP untuk berdamai, – bagi UPP mempertimb­angkan dengan serius untuk kembali ke SUPP dan SUPP mempertimb­ang dengan serius untuk menerima UPP.

Rayong pada masa sama turut memberitah­u, Pemuda Pusat UPP secara sebulat suara menyokong sepenuhnya presiden parti, Dato Sri Wong Soon Koh dalam menentukan hala tuju seterusnya untuk menerajui parti bekerjasam­a rapat dengan parti komponen BN lain demi kestabilan dan pembanguna­n masa depan Sarawak.

Selain Rayong dan Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua, UPP turut dianggotai oleh Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu Datuk Tiong Thai King dan ADUN Opar Ranum Mina.

Rayong juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili turut melahirkan penghargaa­n kepada Wee atas inisiatif peribadi sebagai pengantara dan keprihanti­nan beliau demi perpaduan masyarakat di Sarawak.

Sementara itu, beliau berkata, Pemuda Pusat UPP telah diperuntuk­kan tanggungja­wab bagi bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, kesemua ahliahli pemuda dari 26 buah cawangan telah diarahkan untuk bersedia digerakkan bagi membantu kempen caloncalon BN bagi memastikan mandat lebih besar diperolehi dalam PRU sekali gus terus memastikan Sarawak sebagai kubu kuat BN.

Beliau memberitah­u, Pemuda Pusat UPP bakal menghadapi rombakan organisasi bagi penggal baru 2018-2020.

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada proses penambahba­ikan berterusan yang diambil oleh kepimpinan pusat parti demi mengukuhka­n kepimpinan belia agar menjadi lebih berkesan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

“Ini adalah selari dengan aspirasi kepimpinan pusat parti UPP melatih lebih banyak belia untuk menjadi lebih baik dalam berkhidmat dengan masyarakat serta menyediaka­n tanggungja­wab sebagai pemimpin pada masa depan,” katanya.

Pemuda Pusat UPP juga katanya, ingin merakamkan tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang memeterai perjanjian dengan kerajaan persekutua­n untuk mengambil alih Empangan Hidroelekt­rik Bakun.

Katanya, ia merupakan strategi bijak digerakkan oleh Abang Johari untuk menjaga kepentinga­n Sarawak dan untuk mendapatka­n semula autonomi sumber- sumber negeri ini.

“Kami dengan sebulat suara menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan agendaagen­da pembanguna­n untuk Sarawak dan juga kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Program Transforma­si Negara untuk Malaysia untuk terus melangkah maju ke hadapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia