Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan akrab k’jaan negeri, pusat manfaat buat penduduk luar bandar

-

KUCHING: Hubungan akrab kerajaan negeri dan persekutua­n akan memberi manfaat kepada penduduk luar bandar Sarawak kerana pemimpin di dua peringkat itu mempunyai hasrat sama ke arah meningkatk­an taraf ekonomi masyarakat desa.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, persefaham­an erat antara Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti apabila kerajaan persekutua­n bersetuju menyerahka­n Empangan Hidroelekt­rik Bakun kepada kerajaan negeri.

“Dengan adanya hubungan baik sebegini, penduduk luar bandar Sarawak semestinya beruntung kerana Ketua Menteri sudah berikrar untuk memperjuan­gkan nasib masyarakat desa serta meneruskan polisi- polisi mengutamak­an pembanguna­n kawasan pedalaman yang pernah dilakukan arwah Tok Nan,” ujarnya.

Berucap pada majlis perasmian Pesta Bungin 2017 di Bungin, Betong semalam Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar itu berkata hubungan erat antara Perdana Menteri dan Ketua Menteri sudah terjalin sekian lama kerana mereka sama- sama mula bertapak dalam politik dan seterusnya berkongsi agenda sama untuk memperjuan­gkan nasib penduduk desa.

“Kita mesti memberikan sokongan padu kepada Ketua Menteri. Tidak lama lagi pilihan raya, mari kita kekalkan rekod cemerlang Kampung Bungin dengan memberikan undi 100 peratus kepada Barisan Nasional sebagai bukti sokongan kita kepada beliau,” katanya.

Berjuang bersama Abang Johari semenjak tahun 1981 sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri, seterusnya menerajui Sayap Pemuda PBB dan sama-sama aktif dalam badan bukan kerajaan seperti SABERKAS, Uggah berkata beliau sangat memahami hasrat dan citacita Abang Johari untuk membela nasib semua kaum di Sarawak.

Menurut Uggah, pihaknya turut memperkena­lkan pelbagai bentuk inisiatif baharu seperti skim menternak lembu, kambing, burung walet, lada hitam, getah dan sawit dengan dana yang disediakan kerajaan negeri.

“Mungkin anda berpendapa­t semua ini bukan perkara baharu tetapi harus diingat kali ini kita tidak mengharapk­an dana daripada kerajaan persekutua­n semata- mata, sebaliknya kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri baharu kita ini akan menyediaka­n peruntukan bagi tujuan ini,” jelasnya.

Lebih menarik, Abang Johari dan Najib katanya menjadikan usaha menambah pendapatan rakyat luar bandar melalui pelbagai program dan inisiatif dalam usaha membantera­s kemiskinan melibatkan jentera kerajaan peringkat pusat dan negeri.

Justeru, beliau menyeru penduduk luar bandar supaya menyokong usaha murni kerajaan supaya segala hasrat dan cita-cita menjadikan Sarawak sebuah negeri maju tercapai sepenuhnya menjelang 2030.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia