Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama wanita, lelaki jamin kemajuan negeri

Pelbagai rintangan diharungi untuk mencapai status yang jauh berbeza dari masa dahulu: Juma’ani

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Kaum wanita di negeri ini disaran terus menjalin kerjasama erat dengan kaum lelaki tanpa membezakan pangkat, darjat, kaum dan agama.

Isteri Ketua Menteri Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang berkata, langkah itu adalah bagi membolehka­n wanita terus maju sekali gus menjamin kemajuan negeri ini.

“Kaum wanita telah berjaya mengharung­i pelbagai rintangan sehingga ada yang telah menyandang jawatan tinggi sama ada dalam sektor

Justeru, saya berharap wanita kita di Sarawak akan terus bekerjasam­a dengan ikhlas hati dan bersatu hati antara satu lain bersama kaum Adam supaya negeri ini terus maju ke depan.

awam mahupun swasta.

“Justeru, saya berharap wanita kita di Sarawak akan terus bekerjasam­a dengan ikhlas hati dan bersatu hati antara satu lain bersama kaum Adam supaya negeri ini terus maju ke depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa Peringkat Negeri Sarawak 2017 yang bertemakan ‘ Berani Untuk Berubah: Kuasa Wanita’ bertempat di Dewan Yayasan Sarawak di sini, semalam.

Juma’ani berkata, pada masa ini tidak dinafikan peranan dan status wanita sudah jauh berubah jika dibandingk­an masa dahulu.

“Malaysia hari ini telah melahirkan ramai tokoh wanita yang disanjungi termasuk Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain serta Tan Sri Dato Ungku Dr Zeti Akhtar Ungku Aziz.

“Ibu Zain menglibatk­an diri dalam bidang politik, menambah jasa dan khidmat bakti beliau kepada masyarakat, malah juga bekas guru saya dari Johor Bahru.

“Manakala Dato Zeti pula menjadi wanita pertama menyandang jawatan paling terkemuka dalam bank iaitu Bank Negara Malaysia sekali gus menjadi salah seorang wanita yang paling berkuasa di Malaysia.

“Kedua-dua tokoh wanita negara ini sangat dikagumi dan disanjungi,” jelasnya.

Pada majlis itu juga, Juma’ani turut melancarka­n Prosedur Operasi Standard ( SOP) Cepat, Cekap dan Tepat ( CCT) Hentikan KeganasanT­erhadap Wanita dan Kanak- Kanak.

Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa dirai pada tanggal 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia dan diadakan bagi memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada wanita atas sumbangan dan penglibata­n mereka dalam pembanguna­n ekonomi, sosial, politik serta kepimpinan.

Turut hadir ialah Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Pendidikan Awal KanakKanak dan Pembanguna­n Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pengarah Jawatan Wanita dan Keluarga Sarawak ( JWKS) Noriah Ahmad.

Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang Isteri Ketua Menteri

 ??  ?? LANCAR: Juma’ani (dua kiri) beraksi di hadapan lensa kamera ketika melancarka­n SOP CCT Hentikan KeganasanT­erhadap Wanita dan Kanak-Kanak pada majlis perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Kuching semalam. Turut...
LANCAR: Juma’ani (dua kiri) beraksi di hadapan lensa kamera ketika melancarka­n SOP CCT Hentikan KeganasanT­erhadap Wanita dan Kanak-Kanak pada majlis perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Kuching semalam. Turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia