Utusan Borneo (Sarawak)

2,000 keluarga penerima e-Kasih terima saluran Astro NJOI percuma

-

KUCHING: Lebih 2,000 keluarga di negeri ini bakal menikmati perkhidmat­an saluran Astro NJOI secara percuma.

Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata seramai 2,120 penerima yang tersenarai dalam e-Kasih dikenal pasti menerima dekoder Astro NJOI.

Beliau berkata sumbangan menerusi program tanggungja­wab sosial korporatny­a membantu dalam pembanguna­n komuniti.

“Saya yakin, ia dapat dimanfaat sebaiknya bagi tujuan pembelajar­an dan sebagainya.

“Penerima akan menikmati perkhidmat­an televisyen satelit percuma ini seumur hidup,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan dekoder NJOI e-Kasih di Kampung Malaysia Jaya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, inisiatif Astro tersebut katanya sekali gus membantu dalam merapatkan defisit komunikasi dan teknologi antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Menurutnya, ia selaras dengan hasrat Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dalam menjadikan masyarakat ini berkemahir­an dalam teknologi maklumat dan celik digital.

“Ini selari dengan objektif dan misi kerajaan dalam membangunk­an banyak lagi produk 1Malaysia dan memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Astro, Tun Zaki Tun Azmi dalam ucapan ringkasnya berkata NJOI merupakan khidmat televisyen satelit pertama di Malaysia dengan akses kepada 48 saluran dan radio.

“Hari ini kami menyerahka­n lebih 2,000 set dekoder kepada warga e-Kasih di Sarawak bagi melayari maklumat berkualiti, pendidikan mahupun hiburan,” katanya.

Menurut beliau, Astro telah membekalka­n 38,000 set dekoder NJOI di bawah program e-Kasih di seluruh Malaysia.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

 ??  ?? SERAH: Fadillah menyerahka­n dekoder Astro NJOI kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Tun Azmi, Hasidah dan Fazzrudin di Kuching, semalam.
SERAH: Fadillah menyerahka­n dekoder Astro NJOI kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Tun Azmi, Hasidah dan Fazzrudin di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia